Majlis Graduasi Ke-23, Kumpulan MSU College

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 25, 2019, 12:19 pm

SHAH ALAM, 20 APRIL 2019:  Majlis Graduasi ke-23, Kumpulan MSU College telah berlangsung di Dewan Canselor, Management and Science University (MSU) menyaksikan seramai 744 graduan menerima skrol melibatkan bidang pengajian sains kesihatan, farmasi, sains maklumat dan kejuruteraan, pengurusan perniagaan dan pengajian profesional, pendidikan, hospitaliti dan seni kulinari iaitu 590 graduan diploma dan 154 graduan sijil. 

 

 

Hadir menyempurnakan majlis ini ialah Tan Sri Dato’ Seri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin selaku Pengerusi Kumpulan MSU College dan Pro Canselor MSU. Turut hadir ialah Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid, Presiden Kumpulan MSU & MSU College serta Profesor Puan Sri Datuk Dr. Junainah Abd Hamid selaku Naib Canselor MSU.

 

 

Sementara itu, sebanyak empat kategori khas kecemerlangan turut dianugerahkan kepada 17 orang graduan sebagai pengiktirafan di atas pencapaian mereka dalam aspek akademik dan kemahiran insaniah.  Para graduan tersebut ialah Joann Priyanka (Diploma Reka Bentuk Grafik) bagi Anugerah Emas Presiden dan Firhan Kat Bin Faisal Kat Tze Hoong (Diploma Pengurusan) bagi Anugerah Mohd Shukri Yajid.

 

 

Manakala 11 orang graduan penerima Anugerah Akademik ialah Muhammad Zulhakimi Bin Mohd Nadzari (Diploma Teknologi Multimedia); Tengku Nur Azmina Binti Tengku Nasir (Diploma Pengurusan); Nurul Athirah Syahira Binti Abdul Aziz (Diploma Seni Kulinari); Tan Vivien (Diploma Pengurusan Hotel); Abdul Karim Matin Bin Manap (Diploma Pengurusan Pelancongan); Nur Irdina Binti Khilmi (Diploma Perakaunan); Sathiya A/L Murugiah (Sijil Sains Komputer), Leelawathy A/P Murugan (Sijil Sains Kesihatan); Sarah Munirah Khalid (Sijil Pengurusan Perniagaan); Nadiah Afifah Binti Yazid (Sijil Operasi Hotel Dan Katering); dan Daarshini A/P Muthu Naidu (Sijil Pengurusan Pelancongan).

 

Sementara itu, 4 orang graduan pula menerima Anugerah Industri iaitu Norhaina Binti Asali (Proton Holdings Berhad), Puteri Lia Shazleena Binti Ahmad Razemi (Puncak Niaga Holdings Berhad), Farah Hanan Binti Abdullah (Cenviro Sdn Bhd) dan Angel Mooi Kang Ling (Mega Fortris (M) Sdn Bhd).

 

Majlis graduasi ini juga turut melibatkan 36 orang graduan yang terdiri daripada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Mereka merupakan kumpulan ke-4 yang telah mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Hotel di MSU College.

 

 

Menerusi Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQuest) 2016/2017, Kumpulan MSU College melalui 10 cawangan di seluruh negara telah mendapat penarafan enam bintang dalam pelbagai kategori berikutan pencapaian cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan yang memenuhi kriteria serta standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

 

Merupakan kolej bersekutu kepada Management & Science University (MSU), MSU College memberi keutamaan kepada pendidikan berkualiti melalui penggunaan kaedah pengajaran kreatif dalam melahirkan graduan yang kompeten dan versatile dengan menitik beratkan elemen Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).

 

 

Sepanjang lebih tiga dekad yang lalu, MSU telah memperolehi pelbagai pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan yang terkini termasuklah menjadi salah satu daripada sembilan universiti di Malaysia yang tersenarai di dalam ranking dunia Times Higher Education for Impact Rankings 2019 dan mendapat akreditasi The Accreditation Council for Entrepreneurial and Engaged Universities (ACEEU) dari Belanda, yang menjadikan MSU satu-satunya universiti di Asia yang mendapat pengiktirafan berkenaan.

 

Selain itu, menerusi pembukaan MSU Medical Center baru-baru ini sekaligus menjadikan MSU sebagai universiti swasta pertama negara yang memiliki hospital pengajarannya tersendiri disamping menawarkan kepakaran-kepakaran terkini termasuklah Perubatan Tradisional Cina.

 

 

Turut diadakan bersempena Majlis Graduasi ke-23, Kumpulan Kolej MSU ialah Homecoming Fiesta yang telah bermula pada 17 sehingga 20 April dengan pelbagai pengisian menarik diadakan khusus untuk meraikan para graduan, ibu bapa dan warga kampus.

https://www.youtube.com/watch?v=9WCGHNupoMo
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail