Tips jadi mahasiswa universiti bandar

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 12, 2016, 01:13 pm

Mahasiswa universiti dalam bandar menghadapi cabaran yang berbeza dengan pelajar di kampung. Tarik nafas panjang, nikmati makan siap saji dan bertenang baca tips dari kami:

1. "Mahalnya semua barang!" mahasiswa universiti bandar

"Masaklah untuk berjimat" - Menteri. Secawan kopi di Starbucks berharga hampir RM20.00 mungkin tidak masuk akal. Sepinggan nasi campur dengan lauk yang sederhana mungkin menyebabkan kita terpaksa memberi not ringgit warna merah dan hanya dipulangkan baki dengan beberapa ketul duit syiling. Penyelesaian: Kita boleh memilih untuk tidak makan di kedai makan acah-acah hipster yang harganya mahal tapi *psst* (kebanyakannya tak sedap dan tak berbaloi), dan boleh cari kedai makan yang biasa-biasa, atau di medan selera yang harganya berpatutan. Atau kita boleh sahut seruan menteri agar masak dalam kampus, itu pun kalau pihak pengurusan asrama benarkan.

2. Pengangkutan awam

map, mahasiswa universiti bandar Pengangkutan awam di tengah bandar, terutamanya di Kuala Lumpur adalah banyak (hmm, tak lah terlalu banyak dan lengkap sebab ada sahaja kawasan yang tak ada pengangkutan awam). Terlalu banyak dan nombor basnya selalu bertukar. Penyelesaian: Ambil tahu perubahan nombor bas. Sebagai mahasiswa universiti bandar, kita wajib hafal nama stesen LRT untuk memudahkan pergerakan. RapidKL ada menyediakan aplikasi telefon bimbit. Dan jika ada pengangkutan persendirian, selidik jalan-jalan pintas dan jalan yang mengelak tol untuk *ehem* (yang ini untuk selesaikan masalah #1 juga).

3. Kejutan budaya

mahasiswa universiti bandar"Hipster dah basi, sekarang masanya untuk seapunk!" - scenester di kota. Ada yang mungkin akan terkejut melihat ada ramai manusia rambut berwarna pelangi atau memakai baju-baju yang boleh membuatkan ibu bapa anda sakit jantung. Penyelesaian: Bergaul dengan orang bandar tak susah, tak perlu pun warnakan rambut jadi perang. Pakai saja pakaian biasa-biasa macam kita selalu pakai ketika di kampung, cuma jangan mudah cepat menghakimi orang. Kerana orang baik atau jahat bukan terletak pada gaya pakaian.

4. Pencemaran dan kesihatan

mahasiswa universiti bandar Apabila berada di tengah kota, salah satu perkara yang kita akan rindukan selain dari ibu bapa ialah udara segar. Pencemaran di tengah kota adalah sangat teruk. Penyelesaian: Jadi, bersedialah dengan ubat-ubatan dan jagalah kesihatan baik-baik.

5. Kesesakan lalu lintas

mahasiswa universiti bandar "Musuh utama anda sebenarnya ialah diri anda sendiri", kata novelis Amerika, Lisa Kleypas. Ya, kesesakan lalu lintas ini adalah musuh utama anda untuk kita dalam menepati masa. Tetapi kita tak boleh mengelak bahawa kita perli menggunakan jalan raya untuk bergerak. Penyelesaian: Rancang perjalanan dengan baik. Waze dan Google Maps adalah kawan baik untuk anda merancang, mencari jalan pintas, mengelak kesesakan jalan raya, dan mengelak tol.

6. Berdikari

mahasiswa universiti bandar Anda berada jauh dari mata ibu bapa anda. Ibu tak ada untuk masakkan makanan anda, ayah tak ada untuk hantarkan anda ke kuliah. Penyelesaian: Belajarlah berdikari. Di universiti inilah tempat anda untuk belajar, bukan sahaja ilmu untuk akademik, tetapi ilmu kehidupan. Selain belajar untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam pelajaran, belajarlah juga untuk jadi dewasa. Kesimpulannya, belajar di luar atau dalam bandar sama-sama ada kelebihan masing-masing. Tergantung kita untuk ciptakan pengalaman berharga selagi bergelar mahasiswa. AS_BM_UPU_banner

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail