logo
logo

    Courses

    Institutions

Lulusan SPM boleh mohon kerja di hospital Malaysia

Afterschool Team

Afterschool Team

April 20, 2016





Lulusan SPM boleh mohon kerja di hospital: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjemput lepasan SPM untuk memohon menjadi paramedik pada kemasukan Januari dan Julai setiap tahun. p2 Latihan menjadi paramedik boleh diadakan di pusat latihan Kementerian Kesihatan atau di kolej swasta yang diiktiraf kerajaan selama 2.5 tahun untuk peringkat sijil dan 3 tahun untuk peringkat Diploma. Biasiswa juga disediakan. Untuk melihat jenis latihan, sila layari laman web ini. Kelayakan
  • Pemohon dikehendaki mempunyai keputusan SPM atau setara yang diiktiraf oleh kerajaan serta lulus Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) di peringkat SPM atau setara yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Lulus 6 subjek termasuk Bahasa Malaysia, termasuk 2 kepujian, dan lulus kesemua subjek.
**Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang dapat kredit dalam Bahasa Malaysia, Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik. Pemohon yang mahu memohon haruslah ke laman web rasmi SPA menggunakan Pendaftaran Kerja untuk Sektor Awam (SPA 8i) atau di portal JobsMalaysia.