logo
logo

    Courses

    Institutions

Lebih ramai Bumiputera diharap berjaya dari LCCI ke ACCA

Afterschool

Afterschool

June 16, 2016





Halatuju baru dari LCCI ke ACCA telah diumumkan. Pearson-LCCI-ACCA_1 Pelajar LCCI kini boleh mengikuti pengajian pantas untuk menjadi akauntan bertauliah. Kini ada pengecualian peringkat asasi Certified Accounting Technician (CAT) ke Kelayakan ACCA. ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) dan Pearson Malaysia menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pada 13 Jun 2016. Perjanjian ini merakam halatuju yang dipersetujui bersama untuk Kelayakan ACCA dan Pearson’s London Chamber of Commerce and Industry (LCCI). Turut hadir adalah Presiden ACCA, Datuk Alexandra Chin mewakili badan professional tersebut. Sementara Pearson diwakili oleh Rachel Brujis, wakil Asia untuk Pearson LCCI. Turut menyaksikan perjanjian ini ialah Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Malaysia, H.E. Victoria Treadell CMG MVO. Dengan kerjasama ini, diharapkan pelajar Bumiputera di Malaysia dapat meningkatkan bakat dan kebolehan mereka yang menyertai profesion kewangan dan perakaunan melalui kelayakan ACCA. Tahukah anda bahawa jurusan Perakaunan adalah jurusan paling hangat di Afterschool.my? Cari tahu tentang kursus Perakaunan di sini. AS-Q&A-600x200- (1)
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background