
Afterschool Team
February 24, 2016
Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Belukar dan Sekolah Kebangsaan Pangkal Mak Wan, di Machang, Kelantan, sebelum ke Sekolah Menengah Machang dari tahun 2000 hingga 2004.
Beliau kemudiannya belajar di Kolej Matrikulasi Johor, di Tangkak selama setahun, kemudian mengambil ijazah sarjana muda dan sarjana di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai, Johor, sebelum memulakan kerjayanya sebagai pensyarah selama dua tahun di Universiti Teknologi MARA cawangan Jengka.
Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai tutor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk menyambung pengajiannya ke doktor falsafah di University of Glasgow.
Semasa beliau melanjutkan pengajian peringkat ijazah, beliau diselia oleh Prof Dr Rahim Sahar, iaitu Ketua Jabatan, Bahagian Fizik, dan di peringkat doktor falsafah di University of Glasgow, beliau diselia oleh Dr Ian McLaren, untuk dua kerja kajian, iaitu Materials Condensed Matter Physics (MCMP) Group dan Institute of Gravitational Research (IGR).