logo
logo

    Courses

    Institutions

KWSP untuk sambung pendidikan tinggi

Afterschool

Afterschool

April 25, 2016





KWSP untuk sambung pendidikan tinggi: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memperluaskan kemudahan perkhidmatan e-Pengeluaran merangkumi Pengeluaran Pendidikan yang membolehkan ahlinya mengemukakan permohonan menerusi dalam talian untuk mengeluarkan simpanan KWSP. kumpulan-wang-simpanan-pekerja Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Mohd. Naim Daruwish berkata, perkhidmatan tersebut membolehkan ahli membuat permohonan pengeluaran untuk membiayai yuran pendidikan individu atau anak-anak di pusat pengajian tinggi dalam dan luar negara. Tambah beliau, pihaknya juga sedang berusaha untuk menggalakkan lebih banyak institusi pengajian tinggi (IPT) dan bank menyertai e-Pengeluaran agar ahli KWSP mendapat pengalaman dan manfaat membuat pengeluaran di hujung jari sahaja. “Setakat ini, sebanyak 10 IPT sedang melalui proses penilaian integrasi sistem dengan e-Pengeluaran dan antara tiga institusi tersebut ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Multimedia Malaysia (MMU) serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengesahkan penyertaan. “Ahli yang belum mempunyai i-Akaun boleh mendaftar dengan menghubungi Pusat Pengurusan KWSP di 03-89226000 atau melalui kiosk KWSP atau berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP atau melalui Mobile Team KWSP,” katanya.  
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background