logo
logo

    Courses

    Institutions

Kursus Undang-Undang

Afterschool

Afterschool

August 16, 2016





Pengajian undang-undang ada banyak kelebihannya. Anda bukan hanya dapat membina kerjaya dalam bidang perundangan, tetapi anda akan dilatih untuk berfikir di luar kotak dan berfikir secara analitik. Sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, anda boleh menjadi pengamal undang-undang di Malaysia dan di negara dalam bidang kuasa Komanwel. Anda akan mempelajari asas undang-undang yang wajib dimahiri oleh setiap peguam.

Hala tuju

Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LL.B) mengambil masa tiga tahun. Selepas tiga tahun, anda akan mengikuti salah satu kursus berikut:
  • Sijil Amalan Guaman (CLP)
  • Kursus Latihan Professional Undang-Undang (BPTC)
Anda hanya perlu mengambil kelayakan profesional ini jika anda berminat untuk menjadi pengamal undang-undang. BPTC adalah peringkat kedua dalam latihan untuk menjadi peguam. Ia mengambil masa selama setahun. Tujuan utama BPTC adalah untuk melatih pelajar menjadi peguam yang berjaya. Kursus ini lebih kepada pengajaran berbentuk praktikal termasuklah sesi lakon peranan dan latihan menulis dokumen perundangan dan pandangan sebagai peguam. Penilaian pelajar adalah berbeza mengikut institusi mereka. CLP wajib diambil oleh pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan mestilah ditauliahkan oleh universiti-universiti di England, Wales dan Ireland Utara dan sesetengah universiti di Australia dan New Zealand sebelum mereka boleh menjadi pengamal undang-undang. Selepas memperoleh kelayakan ini, anda perlu menjalani latihan dalam kamar di firma perguaman selama sembilan bulan. Latihan ini ibarat latihan praktikal untuk pelajar perubatan. Sepanjang tempoh ini, anda akan mempelajari cabaran-cabaran sebenar bekerja di firma perguaman. Sebaik sahaja latihan ini tamat, anda dikira layak untuk menjadi peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya. Untuk menjadi pengamal undang-undang di Malaysia, anda perlu berdaftar dengan Majlis Peguam Malaysia.

Fokus mata pelajaran

SPM
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pengajian Am
  • MUET
Peringkat universiti
  • Sistem Undang-Undang
  • Perundangan
  • Undang-Undang Salah Laku
  • Undang-undang Kontrak
  • Bahasa Inggeris
  • Ekuiti dan Amanah
  • Perundangan
  • Transaksi Komersil
  • Undang-Undang Bukti
  • Amalan Undang-Undang Media
  • Prosedur Jenayah
  • Prosedur Sivil
  • Latihan Profesional

Jenis personaliti

Kod-kod jenis personaliti ini ialah sekadar panduan. Amalkan berunding dengan kaunselor sekolah anda untuk mendapat nasihat lebih lanjut. Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ Jenis-jenis personaliti ini berkongsi Kecenderungan Cara Berfikir (Thinking preference), atau kecenderungan dalam membuat keputusan berbanding menggunakan nilai peribadi. Ketahui personaliti Myers-Briggs anda di laman web ini. Holland Vocational Code: ESR (Enterprising, Social, Realistic) Ambil ujian RIASEC di laman web ini.

Info kerjaya

  • Peguam
  • Penasihat Perundangan
  • Pembantu Tadbir Perundangan
  • Pensyarah / Guru
  • Pelobi
  • Pegawai Penguatkuasa
  • Penolong Pegawai Undang-Undang

Gaji

  • Permulaan: RM 2,800 hingga RM 3,800
  • Profesional: RM 4,000 hingga RM 8,000

Peluang kerjaya

Peluang pekerjaan untuk lepasan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang adalah sangat luas dan menarik. Anda boleh menjadi peguam cara dan peguam bela untuk mewakili klien anda di mahkamah. Anda juga boleh bekerja di bahagian perudangan mana-mana syarikat. Kebanyakan syarikat besar atau kecil mempunyai jabatan perudangan yang berfungsi untuk menasihat dan berurusan dengan peguam dari jabatan lain. Di Malaysia: Peguam di Malaysia semakin diperlukan dengan keadaan semasa yang semakin mencabar. Ekonomi Malaysia yang semakin membangun menyebabkan lebih banyak projek, gabungan organisasi, pembinaan, percanggahan, penjualan dan pembelian dan sebagainya. Khidmat guaman pastinya diperlukan untuk setiap transaksi. Luar negara: Terdapat banyak firma guaman di luar negara yang boleh dimohon oleh pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda. Negara Amerika Syarikat akan menambah lebih banyak firma guaman di luar negara, kebanyakannya di negara Eropah. Negara-negara seperti China dan Korea sedang mencari lebih banyak peguam berkelayakan untuk mendalami aspek sosial, politik dan kebudayaan di negara mereka dan impaknya kepada perniagaan mereka.
news images
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background