logo
logo

    Courses

    Institutions

Kursus lelong - fakta atau mitos?

Afterschool

Afterschool

August 29, 2016





Ramai di kalangan pelajar IPTA sering bertanya adakah kursus yang mereka ambil program lelong.  Kaunselor halatuju kami akan terangkan apa itu kursus lelong dan adakah ianya mitos semata-mata. Halatuju-Byline-600x200

Apa itu program lelong?

Kursus lelong - fakta atau mitos? Penggunaan perkataan lelong ini bermula apabila pelajar lepasan Matrikulasi / Asasi / STPM yang telah berjaya lulus dan menamatkan pengajian mendapat PNGK (Purata Nilai Gred Kumulatif) yang tidak begitu cemerlang atau agak rendah.

Dengan pencapaian rendah, pelajar mungkin tidak berpeluang untuk memohon ke program pengajian yang menetapkan syarat yang lebih tinggi daripada PNGK yang dicapai. Malah jika PNGK pelajar hanya sekitar 2.40 pun sukar untuk mendapat program yang meletakkan syarat PNGK 2.0. Pelajar yang mendapat PNGK lebih rendah pula dah tentu akan menerima nasib lebih buruk.

"Sedihnya saya dapat program lelong"

Kursus lelong - fakta atau mitos? Apa yang mungkin berlaku adalah setelah memohon ke program yang layak dimohon, pemohon mungkin akan ditawarkan ke program lain yang tidak dipohonnya. Program yang diterima pula hanya meletakkan syarat minima PNGK 2.00 sedangkan keputusan pemohon adalah PNGK 2.40. Bermula dari sini lah pelajar akan menganggap mereka ditawarkan "program lelong".

Fakta atau mitos?

Jawapannya - MITOS!

Sebenarnya tidak timbul soal program lelong atau tidak, malah perkataan lelong itu sendiri pun tidak sesuai untuk digunakan bagi menggambarkan keadaan yang ‘terpaksa’ di lalui oleh pelajar – khasnya lepasan Matrikulasi / Asasi / STPM yang mendapat tempat di pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

Cuba lihat situasi ini:

Jika ada pelajar lain yang juga mendapat PNGK 2.40 dan telah memohon ke program tersebut dan berjaya mendapat tempat (kerana dia melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan), dia tidak pula dianggap mendapat kursus lelong.

Jadi kalau ada pelajar yang boleh menganggap bahawa ianya bukan program lelong, kenapa pelajar lain tidak boleh mengganggapnya bukan program lelong? Malah sebaliknya pelajar perlu bersyukur kerana ditawarkan tempat berbanding pemohon lain yang langsung tidak mendapat tempat.

Lihatlah statistik permohonan melalui UPU berikut:

Jumlah keseluruhan pemohon (lepasan STPM/Asasi/Matrikulasi/Diploma) 58,011
Jumlah pemohon yang layak 54,618
Jumlah yang ditawarkan tempat pengajian 39,862
Ini bermakna terdapat 14,756 pemohon yang layak tetapi gagal mendapat tempat di mana-mana universiti awam

Setiap pelajar sama, yang membezakan kamu adalah usaha!

Kursus lelong - fakta atau mitos?

Bersyukur kerana kamu sangat bernasib baik tidak termasuk ke dalam kumpulan 14,756 pelajar yang layak tetapi gagal mendapat tempat. Jika kamu mendapat tempat walaupun bukan program pilihan, kamu dikira bernasib baik kerana termasuk dalam kumpulan 39,862 orang daripada keseluruhan 54,618 yang memohon dan memenuhi syarat kelayakan.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan kursus yang diterima kerana ia bukan penghujung dunia! Anggaplah ia permulaan untuk membina masa depan kamu kerana masih banyak lagi yang kamu perlu lalui di alam pekerjaan nanti. Bila dah berjaya kelak, tiada siapa akan bertanya, "Kamu ambil kursus lelong ke semasa belajar dulu?" Ingatlah, apabila kamu berjaya menguasai minda, kamu akan mampu menguasai segala-galanya. Kejayaan terletak di tangan kamu jadi jangan sia-siakannya dengan perkara-perkara remeh!

Kaunselor Halatuju boleh dihubungi melalui Facebook.