Nanoteknologi ialah kursus mengenai kejuruteraan di peringkat atom dan molekul. Satu nanometer bersamaan dengan satu billion per meter dengan gabungan kejuruteraan kimia, serta biologi dan struktur atom dikaji di sini.
Terdapat perkara menarik tentang kejuruteraan nanoteknologi ini, terutamanya mengkaji tentang elemen klorofil seperti karbon, oksigen, nitrogen, hidrogen dan magnesium bekerjasama dalam menukarkan tenaga cahaya matahari kepada sumber makanan pada pokok.
Hala tuju
Matapelajaran
SPM
Kamu boleh membuat persediaan dengan mengambil subjek penting untuk kelayakan ke kolej. Matapelajaran tersebut termasuklah:
- Bahasa Inggeris
- Biologi
- Kimia
- Fizik
- Kalkulus
- Sains Komputer.
Universiti
- Kimia
- Fizik
- Kalkulus
- Sains Komputer dan Programming
Personaliti
Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ
Uji personaliti kamu untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan kamu!
Ujian personaliti Myers-Briggs
RIASEC/Holland: RIE
(Realistic, Investigative, Enterprising)
Uji personaliti kamu untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan kamu!
Ujian personaliti RIASEC
Gaji
Permulaan:
RM 2,000 to 3,000
Professional:
MYR 4,000 to 6,000 (5 – 10 tahun pengalaman)
Peluang kerja
Malaysia: Bidang kejuruteraan kekal sebagai bidang “kepakaran tinggi” yang sangat diperlukan di negara ini. Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 orang jurutera untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Buat masa sekarang cuma ada 70,000 orang jurutera yang berdaftar di negara ini.
Malaysia juga mengetahui bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) memberi impak kepada ekonomi negara semasa zaman pengeluaran getah dan kelapa sawit pada satu ketika dulu. Melihat pada ini, Malaysia memerlukan lebih ramai lagi pakar R&D dalam pembangunan nanoteknologi ini sebagai sumber kewangan utama negara. Teknologi nano ini dapat dilihat melalui cip komputer, OLED pada skrin telefon bimbit atau skrin televisyen rata, sehingga teknologi mengesan virus dalam tubuh.
Luar Negara: Pada 2007, Malaysia menganggotai The Washington Accord, iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa yang mengiktiraf kursus-kursus kejuruteraan dari negara-negara yang menyertai pertubuhan ini.
Antara negara-negara lain yang terlibat dalam The Washington Accord ialah Hong Kong, Afrika Selatan, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, United Kingdom, Ireland, Taiwan, Korea Selatan, Malaysia and Turki.
Nak jadi pro?
Badan Kejuruteraan Malaysia (BEM), Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM), dan Persatuan Perunding Kejuruteraan Malaysia (ACEM) membangunkan dan menggunakan Daftar EMF untuk membantu jurutera untuk diiktiraf dan dikecualikan dari perlu mendapatkan lesen di negara luar (kerana senarai daftar ini diiktiraf oleh negara-negara yang menyertai The Washington Accord).
Oleh itu, jurutera yang berasal dari Malaysia sudah pasti mendapat peluang yang lebih mudah untuk mendapatkan peluang kerja di negara luar tanpa perlu memohon lesen atau mendapatkan pengiktirafan dari badan kejuruteraan di negara lain.
Untuk melayakkan diri dari tersenarai dalam Daftar EMF, calon mesti:
- menjadi Jurutera Professional yang berdaftar di BEM atau/dan ahli korporat kepada IEM.
- mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan.
- mempunyai dua tahun pengalaman dalam bidang tertentu dalam kejuruteraan.
- mengekalkan rekod baik dalam setiap kerja.
Pautan luar
Pertubuhan Nanoteknologi Antarabangsa
Persatuan Industri Nanoteknologi
Nanodictionary
Inisiatif Nanoteknologi Amerika Syarikat