Kursus Kejuruteraan Kimia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 29, 2016, 07:01 pm

Kejuruteraan kimia adalah satu dari empat bidang teras dalam kejuruteraan. Bidang ini tertumpu kepada kimia untuk menghasilkan sesuatu bahan atau menyelesaikan masalah dalam pembinaan.Kursus Kejuruteraan Kimia

Hala Tuju

MatapelajaranSPM Kamu boleh membuat persediaan dengan mengambil subjek penting untuk kelayakan ke kolej. Matapelajaran tersebut termasuklah:

  • Bahasa Inggeris
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Kalkulus
  • Sains Komputer.

Universiti

  • Kimia
  • Fizik
  • Kalkulus
  • Sains Komputer dan Programming

Personaliti

Uji personaliti kamu untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan kamu! Ujian personaliti Myers-Briggs Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ Ujian personaliti RIASEC RIASEC/Holland: RIE (Realistic, Investigative, Enterprising)

Peluang kerja

Antara syarikat utama yang aktif dalam industri ini:

  • Petronas
  • Tenaga Nasional Berhad
  • Duracell
  • Goodrich
  • Saint Gobain
  • AbioMed
  • Kodak
  • Proton
  • Intel
  • Coca-Cola

Jurutera kimia menumpukan pada rekabentuk, operasi, penambahbaikan serta pemuliharaan dalam proses yang melibatkan kimia di peringkat pengilangan makro seperti pengeluaran produk keju besar-besaran. Jurutera kimia juga membangunkan produk baru dari bahan kimia untuk ditukarkan menjadi sesuatu yang digunakan dengan efisyen, mesra alam dan efektif dari segi kos. Sesetengah jurutera kimia sebagai contoh bekerja untuk meningkatkan kualiti produk dari kilang dan menyelesaikan masalah seperti karat atau pencemaran. Jurutera kimia berbeza dengan tugas jurukimia, dimana jurukimia melakukan dengan skala yang kecil, manakala jurutera kimia melakukan ia dengan skala yang lebih besar untuk tujuan industri.

Gaji

Permulaan: RM2,000 hingga RM4,000 (syarikat tempatan) Professional: RM15,000 hingga RM20,000 (5-10 tahun pengalaman) Elaun tambahan jika tinggal di lapangan.

Permintaan Kerja

Apa sahaja yang melibatkan perkilangan - dari lampin bayi ke keropok kentang, plastik atau polisterin - memerlukan kepakaran dari jurutera kimia. Telefon bimbit, atau papan kekunci komputer, semuanya memerlukan jurutera kimia untuk merekabentuknya. Di Malaysia: Jurutera kimia terkemuka Dr Engr Ramlee Karim berkata bidang kejuruteraan kekal sebagai bidang "kepakaran tinggi" yang sangat diperlukan di negara ini. Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 orang jurutera untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Buat masa sekarang cuma ada 70,000 orang jurutera yang berdaftar di negara ini. Luar Negara: Pada 2007, Malaysia menganggotai The Washington Accord, iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa yang mengiktiraf kursus-kursus kejuruteraan dari negara-negara yang menyertai pertubuhan ini. Antara negara-negara lain yang terlibat dalam The Washington Accord ialah Hong Kong, Afrika Selatan, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, United Kingdom, Ireland, Taiwan, Korea Selatan, Malaysia and Turki.

Nak Jadi Pro?

Badan Kejuruteraan Malaysia (BEM), Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM), dan Persatuan Perunding Kejuruteraan Malaysia (ACEM) membangunkan dan menggunakan Daftar EMF untuk membantu jurutera untuk diiktiraf dan dikecualikan dari perlu mendapatkan lesen di negara luar (kerana senarai daftar ini diiktiraf oleh negara-negara yang menyertai The Washington Accord). Oleh itu, jurutera yang berasal dari Malaysia sudah pasti mendapat peluang yang lebih mudah untuk mendapatkan peluang kerja di negara luar tanpa perlu memohon lesen atau mendapatkan pengiktirafan dari badan kejuruteraan di negara lain. Untuk melayakkan diri dari tersenarai dalam Daftar EMF, calon mesti:

  • menjadi Jurutera Professional yang berdaftar di BEM atau/dan ahli korporat kepada IEM.
  • mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan.
  • mempunyai dua tahun pengalaman dalam bidang tertentu dalam kejuruteraan.
  • mengekalkan rekod baik dalam setiap kerja.

Pautan Luar

Badan Kejuruteraan Malaysia (BEM)Lembaga Akreditasi Kejuruteraan Malaysia (EAC)Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM)The Washington AccordSAE International

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail