Kursus Kejuruteraan Awam: Kejuruteraan awam melibatkan tugas merekacipta, pembinaan, dan pengurusan. Sebagai jurutera awam, kamu mungkin terlibat dari peringkat rekacipta, pembinaan hinggalah siap. Projek ini termasuklah lebuhraya, terowong, empangan dan bangunan.
Hala Tuju
Matapelajaran
SPM
Kamu boleh membuat persediaan dengan mengambil subjek penting untuk kelayakan ke kolej. Matapelajaran tersebut termasuklah:
- Bahasa Inggeris
- Biologi
- Kimia
- Fizik
- Kalkulus
- Sains Komputer.
Universiti
- Kimia
- Fizik
- Kalkulus
- Sains Komputer dan Programming
Personaliti
Uji personaliti kamu untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan kamu!
Ujian personaliti Myers-Briggs
Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ
Ujian personaliti RIASEC
RIASEC/Holland: RIE
(Realistic, Investigative, Enterprising)
Peluang kerja
Antara syarikat utama yang aktif dalam industri ini:
- Gamuda Berhad
- Minconsult
- MRCB
- Ranhill Berhad
- YTL Corporation
Biasanya jurutera awam bekerja di pejabat. Tetapi adakalanya juga mereka perlu ke lapangan untuk melihat sendiri tapak projek bagi menilai hasil kerja atau menyelesaikan masalah yang timbul.
Gaji
Permulaan:
RM 2,000 to 3,000
Professional:
MYR 4,000 to 6,000 (5 – 10 tahun pengalaman).
Permintaan kerja
Malaysia: Bidang kejuruteraan kekal sebagai bidang “kepakaran tinggi” yang sangat diperlukan di negara ini. Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 orang jurutera untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Buat masa sekarang cuma ada 70,000 orang jurutera yang berdaftar di negara ini.
Luar Negara: Pada 2007, Malaysia menganggotai The Washington Accord, iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa yang mengiktiraf kursus-kursus kejuruteraan dari negara-negara yang menyertai pertubuhan ini.
Antara negara-negara lain yang terlibat dalam The Washington Accord ialah Hong Kong, Afrika Selatan, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, United Kingdom, Ireland, Taiwan, Korea Selatan, Malaysia and Turki.
Nak jadi pro?
Badan Kejuruteraan Malaysia (BEM), Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM), dan Persatuan Perunding Kejuruteraan Malaysia (ACEM) membangunkan dan menggunakan Daftar EMF untuk membantu jurutera untuk diiktiraf dan dikecualikan dari perlu mendapatkan lesen di negara luar (kerana senarai daftar ini diiktiraf oleh negara-negara yang menyertai The Washington Accord).
Oleh itu, jurutera yang berasal dari Malaysia sudah pasti mendapat peluang yang lebih mudah untuk mendapatkan peluang kerja di negara luar tanpa perlu memohon lesen atau mendapatkan pengiktirafan dari badan kejuruteraan di negara lain.
Untuk melayakkan diri dari tersenarai dalam Daftar EMF, calon mesti:
- menjadi Jurutera Professional yang berdaftar di BEM atau/dan ahli korporat kepada IEM.
- mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan.
- mempunyai dua tahun pengalaman dalam bidang tertentu dalam kejuruteraan.
- mengekalkan rekod baik dalam setiap kerja.
Pautan luar
Badan Kejuruteraan Malaysia (BEM)
Lembaga Akreditasi Kejuruteraan Malaysia (EAC)
Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM)
The Washington Accord
SAE International