Kursus: Kejuruteraan Automotif

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 26, 2016, 10:08 am

Kejuruteraan automotif adalah cabang kepada kejuruteraan mekanikal yang merangkumi pembangunan kenderaan darat yang menggabungkan kejuruteraan, pembinaan, penyenggaraan dan dinamik. Kamu juga akan belajar tentang perkilangan, rekabentuk, ujikaji produk, serta penyelidikan dan pembangunan. Kejuruteraan Automotif

Hala tuju

Apabila pilihan anda adalah kejuruteraan automotif, walau bagaimanapun jurusan yang kamu pilih, asasnya semua sama.

Matapelajaran

SPM Kamu boleh membuat persediaan dengan mengambil subjek penting untuk kelayakan ke kolej. Matapelajaran tersebut termasuklah Bahasa Inggeris, Biologi, Kimia, Fizik, Kalkulus dan Sains Komputer. Universiti
  • Kimia
  • Fizik
  • Kalkulus
  • Sains Komputer dan Programming
Jurutera automotif juga perlu mengambil isu semasa seperti mengurangkan penggunaan bahan bakar fosil dan mencari alternatif seperti kereta hibrid dan elektrik, jadi kamu perlu rajin membaca laman web dan majalah yang mendedikasikan topik sebegini untuk menambahkan pengetahuan kamu.

Personaliti

Anda suka enjin kereta dan suka mencari jawapan tentang teknikal dalam kejuruteraan? Uji personaliti kamu untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan kamu! Ujian personaliti Myers-Briggs Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ Ujian personaliti RIASEC RIASEC/Holland: RIE (Realistic, Investigative, Enterprising)

Gaji

Permulaan: RM2,000 hingga RM7,000 Professional: RM10,000 hingga RM35,000

Peluang kerja

Di Malaysia: Sejak penubuhan Proton, industri automobil di Malaysia semakin berkembang pesat. Perkembangan ini ditambah dengan adanya Perodua dan Lotus (anak syarikat Proton). Terdapat 21.25 juta kenderaan di Malaysia dan dijangka akan terus berkembang pada masa depan. Setiap keluarga secara puratanya memiliki dua buah kereta di negara ini. Jadi, pakar dalam bidang kejuruteraan automobil memang diperlukan, termasuk mekanik, juruelektrik dan juruteknik. Selain pertambahan kenderaan, Dasar Automotif Negara (DAN) juga meliberalisasikan industri automotif negara dengan membuka pasaran luar. Pun begitu, dasar ini akan memberikan persaingan sengit antara pengeluar kereta di negara luar dan di negara kita. Luar Negara: Pada 2007, Malaysia menganggotai The Washington Accord, iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa yang mengiktiraf kursus-kursus kejuruteraan dari negara-negara yang menyertai pertubuhan ini. Antara negara-negara lain yang terlibat dalam The Washington Accord ialah Hong Kong, Afrika Selatan, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, United Kingdom, Ireland, Taiwan, Korea Selatan, Malaysia and Turki.

Nak jadi pro?

Badan Kejuruteraan Malaysia (BEM), Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM), dan Persatuan Perunding Kejuruteraan Malaysia (ACEM) membangunkan dan menggunakan Daftar EMF untuk membantu jurutera untuk diiktiraf dan dikecualikan dari perlu mendapatkan lesen di negara luar (kerana senarai daftar ini diiktiraf oleh negara-negara yang menyertai The Washington Accord). Oleh itu, jurutera yang berasal dari Malaysia sudah pasti mendapat peluang yang lebih mudah untuk mendapatkan peluang kerja di negara luar tanpa perlu memohon lesen atau mendapatkan pengiktirafan dari badan kejuruteraan di negara lain. Untuk melayakkan diri dari tersenarai dalam Daftar EMF, calon mesti:
  • menjadi Jurutera Professional yang berdaftar di BEM atau/dan ahli korporat kepada IEM.
  • mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan.
  • mempunyai dua tahun pengalaman dalam bidang tertentu dalam kejuruteraan.
  • mengekalkan rekod baik dalam setiap kerja.

Pautan Luar

Badan Kejuruteraan Malaysia (BEM) Lembaga Akreditasi Kejuruteraan Malaysia (EAC) Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) The Washington Accord SAE International
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail