logo
logo

    Courses

    Institutions

Kursus Farmasi

Afterschool

Afterschool

August 16, 2016





Pelajar Ijazah Sarjana Muda kursus Farmasi boleh menceburi bidang penyelidikan, industri atau farmasi hospital atau komuniti. Kursus Farmasi berkait rapat dengan subjek-subjek pra-universiti seperti biologi, fizik dan matematik.

Hala tuju

Kursus Farmasi mengambil masa empat tahun. Selepas tamat belajar, anda perlukan menghadiri latihan lanjut di institusi diiktiraf yang tersenarai dalam Persatuan Farmasi Malaysia (MPB), sebuah badan pendaftaran farmasi negara. Selepas mendaftar dengan MPB, anda sah untuk bekerja sebagai Ahli Farmasi di Malaysia.

Fokus mata pelajaran

SPM
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik
  • Bahasa Inggeris
  • MUET
Peringkat Universiti
  • Kimia
  • Mikrobiologi
  • Fisiologi
  • Kaedah Metodologi & Statistik
  • Farmakologi & Biokimia
  • Skil komunikasi
  • Pengurusan & Pemasaran Farmaseutikal
  • Farmakologi & Biokimia
  • Respiratori, Ginjal, Sistem Darah, Sistem Kardiovaskular dan Terapi
  • Farmakokinetik Gunaan
  • Farmakoepidemiologi dan Farmakoekonomi
  • Ilmu terapi
  • Perubatan Tradisional dan Pelengkap

Jenis personaliti

Kod-kod jenis personaliti ini ialah sekadar panduan. Amalkan berunding dengan kaunselor sekolah anda untuk mendapat nasihat lebih lanjut. Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ Jenis-jenis personaliti ini berkongsi Kecenderungan Cara Berfikir (Thinking preference), atau kecenderungan dalam membuat keputusan berbanding menggunakan nilai peribadi. Ketahui personaliti Myers-Briggs anda di laman web ini. Kod Holland Vocational: ESR (Enterprising, Social, Realistic) Ambil ujian RIASEC di laman web ini.

Info kerjaya

  • Ahli Farmasi Hospital
  • Ahli Farmasi Perindustrian
  • Ahli Farmasi Komuniti
  • Pensyarah
  • Pegawai Penyelidikan
  • Pengajian pasca-universiti (Sarjana, PhD)

Gaji

  • Permulaan: RM 2,500 hingga RM 3,600
  • Profesional: RM 4,500 hingga RM 8,500

Peluang kerja

Di Malaysia: Ahli Farmasi adalah salah satu profesion penting dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Ahli Farmasi bertanggungjawab mereka, melaksana dan mengurus sistem pengurusan, tugasan klinikal, penguatkuasaan undang-undang, memantau kualiti, membuat penyelidikan dan menganalisis ubat- ubatan. Dengan kemajuan yang kian meningkat di Malaysia dan di seluruh dunia, tuntutan pekerjaan untuk Ahli Farmsi turut bertambah. Kementerian Kesihatan memerlukan lebih ramai Ahli Farmasi yang cekap, dinamik, bersedia menghadapi cabaran dan rela berkhidmat untuk rakyat dan negara tidak mengira masa dan tempat. Luar negara: Negara seperti Ireland, Amerika Syarikat, New Zealand, Sweden dan Singapore sememangnya sangat memerlukan Ahli Farmasi. Menurut Persatuan Kolej-Kolej Farmasi Amerika (AACP), kerjaya Ahli Farmasi akan terus mendapat tuntutan sehingga tahun 2018. Di Ireland, lebih banyak kekosongan dibuka untuk kursus Farmasi di universiti dan syarikat swasta dan kerajaan sudah mula mengiklankan kerja kosong di peringkat antarabangsa. Terdapat banyak tuntutan Ahli Farmasi di New Zealand dan semakin banyak Ahli Farmasi dilantik dalam sektor perubatan setiap tahun.  
news images
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background