Kejuruteraan aeroangkasa atau aeronautik adalah sebahagian daripada kejuruteraan yang memfokuskan kepada sains, pembangunan, rekaan, pembinaan dan pengujian pesawat dan kapal angkasa lepas. Kejuruteraan aeronautik adalah cabang kejuruteraan aeroangkasa.
Secara khususnya, kejuruteraan aeronautik merujuk kepada pesawat yang beroperasi di dalam atmosfera bumi, sementara kejuruteraan aeroangkasa atau astronautik merujuk kepada pesawat yang keluar daripada atmosfera bumi.
Jurutera aeroangkasa dan aeronautik memainkan peranan penting dalam rekaan teknologi untuk aviasi dan sistem pertahanan. Mereka juga terlibat dalam pesawat yang lebih khusus seperti pesawat komersil dan ketenteraan.
Untuk yang berminat melanjutkan pelajaran dalam kejuruteraan aeroangkasa atau aeronautik, anda akan mengambil kursus dalam subjek seperti aerodinamik, sistem kawalan, bahan, pindahan haba, mekanik cecair dan struktur pesawat.
Hala tuju
Kejuruteraan Aeroangkasa ialah hasil gabungan Kejuruteraan Aeronautik dan Kejuruteraan Astronautik. Kedua-dua disiplin ini ditakrifkan sebagai:
Kejuruteraan Aeronautik - Cabang sains dan aplikasi yang berkaitan dengan aerodinamik, bahan aeroangkasa, struktur, pendorong, mekanik pesawat, kestabilan pesawat dan kawalan.
Kejuruteraan Astronautik - Cabang sains dan aplikasi yang berkaitan dengan mekanik orbital, persekitaran angkasa, penentuan dan kawalan ketinggian, telekomunikasi, struktur aeroangkasa dan pendorong roket.
Ijazah dalam kejuruteraan aeroangkasa memberikan anda pengetahuan dan kemahiran untuk mereka dan mencipta kenderaan dan sistem untuk persekitaran atmosfera dan angkasa. Tempoh 4 tahun diperlukan untuk melengkapkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Aeroangkasa. Kebanyakan program ini daripada pelbagai disiplin kejuruteraan yang menekankan tentang pesawat, kapal angkasa dan teknologi satelit.
Program ini menggabungkan pengetahuan daripada pelbagai bidang seperti Aeronautik, Astronautik, Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Kejuruteraan Bahan, Pemprograman Komputer dan Industri Latihan.
Fokus matapelajaran
SPM
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Biologi
- Fizik
- Kimia
- MUET
Peringkat Universiti
- Litar Elektrik
- Lukisan Kejuruteraan
- Kebarangkalian & Statistik
- Makmal Kejuruteraan
- Kalkulus Kejuruteraan
- Electronik
- Dinamik
- Pemprograman untuk Jurutera
- Bahasa Inggeris
- Mekanik Cecair
- Sains Terma & Bahan
- Prinsip Penerbangan
- Proses-proses Pembuatan
Personaliti
Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ
Uji personaliti kamu untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan kamu!
Ujian personaliti Myers-Briggs
RIASEC/Holland: RIE (Realistic, Investigative, Enterprising)
Uji personaliti kamu untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan kamu!
Ujian personaliti RIASEC
Info Karier
Jurutera Aeroangkasa mereka pesawat, kapal angkasa, peluru berpandu, dan satelit. Mereka akan menerima proposal untuk projek dan menilainya untuk faktor-faktor tertentu. Mereka boleh membangunkan teknologi-teknologi baharu dalam bidang ini, mereka produk-produk aeroangkasa yang baharu.
Jurutera aeroangkasa perlu menentukan jika projek yang dicadangkan bersesuaian dari segi teknikal, kewangan dan keselamatan. Mereka akan menentukan jika produk tersebut memenuhi keperluan pelanggan, mampu mengatasi cabaran-cabaran persekitaran, dan bertepatan dengan prinsip kejuruteraan.
Berikut ialah kerjaya-kerjaya yang berkaitan dengan ijazah anda dan kerjaya-kerjaya lain yang boleh anda ceburi:
- Jurutera aeroangkasa
- Jurutera penyelenggaraan
- Jurutera sistem pembuatan
- Jurutera bahan
- Jurutera mekanikal
- Jurutera automotif
- Jurutera kawalan dan peralatan
- Jurutera tenagaEnergy engineer
- Pengurus pengeluaran
- Pengurus Kualiti
- Jurutera Struktur
Gaji
Permulaan: RM 3,000 to RM 6,500
Profesional: RM 10,000 to RM 20,000
Peluang kerja
Di Malaysia: Industri aeroangkasa di Malaysia mengkhususkan kepada reka bentuk komposit dan pembuatan serta reka bentuk komponen pesawat dan pembuatan.
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan beberapa projek berkaitan industri aeroangkasa dengan pelaburan bernilai berbilion ringgit. Terdapat beberapa projek yang diluluskan dalam perniagaan penyelenggaraan, pembaikian dan pembaikpulihan, beberapa projek dalam sektor pembuatan, dan beberapa rekaan kajian dan pembangunan. Projek-projek ini bertujuan untuk meningkatkan sektor aeroangkasa tempatan dari segi rantaian nilai.
Hal ini akan membantu mengukuhkan infrastruktur pembangunan modal insan untuk mengekalkan pelaburan tersebut. Selain aeroangkasa, organisasi-organisasi terlibat juga ingin meluaskan kolaborasi dengan sektor-sektor seperti kereta api dan automotif, farmaseutikal dan konsultan minyak dan gas.
Luar Negara: Sektor aeroangkasa UK sudah berkembang maju dan didominasi oleh syarikat multinasional yang menghasilkan pelbagai jenis produk dan mempunyai ibu pejabat di seluruh dunia. Hab-hab pembuatan terletak di South West, North West, Midlands, Northern Ireland, Wales and the South East.
Kebanyakan hasil rekaan bernilai tinggi di Malaysia disalurkan ke Taiwan, Korea Selatan dan India. Industri aeroangkasa Malaysia mengkhususkan kepada rekaan komposit dan pembuatan.
Pautan luar
The Aerospace Corporation
Aerospace Malaysia Innovative Centre
Department of Aerospace Engineering (India)
Strand Aerospace Malaysia
Malaysian Industry-Government
Zetro Aerospace Corporation