Adakah anda rasa anak anda seorang yang genuis? Untuk memastikan firasat anda tu betul atau sebaliknya, anak anda boleh menduduki Ujian Pencarian Murid Pintar dan Berbakat yang dikendalikan oleh Pusat GENIUS@Pintar Negara, UKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Kolej GENIUS Insan (kendalian Universiti Sains Malaysia - USIM).

Ujian Pencarian Murid Pintar dan Berbakat ini terbuka kepada pelajar yang berumur 8 hingga ke 15 tahun. Ujian ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun secara percuma dan paling penting boleh diambil terus secara atas talian tanpa halangan oleh pihak sekolah. Berikut adalah perkara yang anda perlu tahu dan buat sebelum mengambil ujian tersebut.
- Anak anda perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus (mouse), pad sentuh (touchpad) dan papan kekunci (keyboard). Sekiranya anak anda berhenti menjawab atau talian internet terputus, ujian tersebut boleh disambung semula di waktu yang lain sehingga tamat.
- Jika anak anda telah menamatkan ujian dan berjaya mendapat skor minima, mereka layak menerima Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2021. Untuk melayakkan anak anda ke kelayakan ujian saringan kedua UKM2, mereka perlu melepasi skor kelayakan semasa di ujian saringan UKM1. Semakan keputusan kelayakan bagi ujian saringan kedua UKM2 boleh dibuat di pautan berikut mulai bulan Jun nanti : http://semak.permatapintar.edu.my/
- Sebelum mencetak sijil penyertaan, anda perlu memastikan kod sekolah anak anda adalah betul dan mengemaskini maklumat sebelum mencetak sijil penyertaan. Jika terdapat kesilapan, anda boleh mencetak semula di pautan http://pelajar.permatapintar.edu.my/
- Murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan untuk menyertai ujian saringan kedua UKM2 yang akan diadakan antara bulan Julai hingga Ogos. Semakan kelayakan boleh dibuat di laman http://semak.permatapintar.edu.my/ mulai bulan Julai. Murid/guru/ibu bapa perlu memastikan nombor telefon dan emel yang betul dalam maklumat murid.
Sekiranya anak anda terbukti seorang yang genius, mereka akan dipelawa untuk mengikuti kem berikut berdasarkan umur masing-masing. Kem ini diadakan bagi mencungkil lagi bakat genius mereka.

Jadi tunggu api, inilah masanya untuk menjawab segala persoalan, sama ada anak anda seorang yang genius ke sebaliknya. Untuk info lanjut mengenai ujian dan link untuk menduduki ujian sila, KLIK DISINI.
.jpg)
ARTIKEL BERKAITAN