
Afterschool Team
May 13, 2016
Beliau berkata, kolej di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) tersebut bakal menawarkan pengajian sehingga peringkat ijazah dalam masa setahun akan datang.
Rancangan itu dilakukan bagi meningkatkan kebolehan dan pengetahuan para jururawat di hospital kerajaan yang majoritinya memiliki kelulusan di peringkat diploma.
"Kita telah mempunyai fasiliti yang mencukupi untuk menawarkan pengajian peringkat ijazah termasuk tenaga pengajar sama seperti di pusat pengajian swasta," katanya kepada media selepas acara sambutan Hari Jururawat Sedunia peringkat kebangsaan di Putrajaya.
--Bernama
