
Asasi Kolej adalah program pra-universiti yang ditawarkan oleh institusi swasta, sebagai persiapan pelajar untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat yang lebih tinggi.
Kenapa pilih kursus ini?
Asasi Kolej adalah cara paling cepat masuk ke universiti kerana subjek yang ditawarkan adalah khusus untuk bidang tertentu, biasanya setahun, dua semester, sementara ada yang tiga semester (dua semester panjang dan satu semester pendek).
Pelajar juga boleh memohon
PTPTN untuk belajar dalam kolej asasi di institusi berikut:
- Multimedia University (MMU)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)
- UNITAR International University (UNITAR)
Syarat masuk
Pelajar harus mendapat 5 kredit dalam SPM, dan untuk aliran sains, kredit untuk matapelajaran aliran sains.
Pilihan matapelajaran
Program asasi di kolej swasta biasanya menawarkan subjek yang berkaitan dengan bidang yang ingin diceburi, seperti sains, perubatan, pergigian, farmasi, undang-undang, komputer, IT dan kejuruteraan.
Kementerian Pelajaran juga mewajibkan tiga subjek:
- Bahasa Malaysia (kecuali mereka yang mendapat kredit dalam SPM)
- Pengajian Malaysia
- Pendidikan Islam/Moral
Kaedah penilaian
Pengajian
Pelajar perlu mengambil 10-12 subjek untuk dihabiskan dalam masa setahun.
Peperiksaan
Penilaian berdasarkan kerja tugasan (seperti projek, tugasan, perbentangan, laporan dan kuiz) dengan ujian akhir semester di setiap penghujung semester.
Nilai
Program asasi memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda selepas menamatkan pengajian.
Yuran
Antara RM3,000 hingga RM20,000.
Cara daftar
Asasi kolej boleh dimohon melalui online di laman web pusat pengajian masing-masing.
Kebanyakan kemasukan akan mula pada bulan Januari.
Jalan ke Uni
Asasi kolej biasanya hanya diiktiraf oleh institusi masing-masing kerana kursus yang diberi adalah berdasarkan kurikulum pusat pengajian tersebut.
Jika mahu menukar universiti, pelajar perlu untuk mengambil jam kredit tambahan atau mengambil sekali lagi asasi kolej di universiti lain.
Sesetengah universiti seperti Monash University dimana sijilnya diiktiraf oleh universiti-universiti di Australia dan New Zealand, serta universiti cawangan dari negara itu di Malaysia.