Kewangan Tradisional

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 20, 2016, 12:24 pm

Hala tuju

Ada tiga bidang utama dalam kewangan tradisional; Sains Aktuari, Kewangan dan Perdagangan dan pembelajarannya dari 3 hingga 7 tahun.

Fokus matapelajaran

SPM

  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Akaun
  • Ekonomi Asas
  • Pengajian Perniagaan
  • Fizik
  • Kimia
  • MUET

Universiti

  • Konsep Pemasaran
  • Pengurusan dan Strategi Pemasaran
  • Pengurusan dan Strategi Perniagaan
  • Organisasi dan Kemanusiaan
  • Kewangan
  • Simulasi Perdagangan
  • Teknik Kuantitatif untuk Perniagaan dan Kewangan
  • Kewangan Korporat
  • Model Kewangan
  • Pengurusan Portfolio
  • Sekuriti Derivatif
  • Strategi Perniagaan Antarabangsa
  • Pengurusan Risiko
  • Pertukaran Matawang dan Pasaran Kewangan

Personaliti

Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ Klik sini untuk mengetahui personaliti kamu.Holland Vocational Code: ECS (Enterprising, Conventional, Social) Klik sini untuk mengenali RIASEC kamu.

Info kerjaya

Broker saham: Membeli dan menjual stok saham dan sekuriti di bursa saham. Aktuari: Menguruskan impak dari risiko ketidaktentuan pasaran, menyediakan kepakaran untuk keselamatan kewangan. Pedagang kewangan: Membeli dan menjual stok saham,termasuk dengan individu dan bank, serta menjalankan perdagangan jual beli wang. Penganalisis kewangan: Menganalisis dan menjangka pasaran kewangan disamping membuat laporan kewangan semasa.

Gaji

 

PangkatMin Gaji (RM)Gaji Purata (RM)Gaji Tinggi (RM)
Pengurus Senior8,00010,00013,000
Pengurus5,0006,5008,000
Eksekutif Senior3,0003,6004,500
Eksekutif muda2,0002,5003,000
Permulaan1,5002,0002,300
Bukan eksekutif1,3001,7002,200

 

Peluang kerja

Di Malaysia, sektor kewangan sedang berkembang pesat sejak dekad yang lepas. Dalam peluang pekerjaan, ia cuma mewakili 2% dari tenaga kerja di seluruh Malaysia. Di luar negara, sektor kewangan terutamanya di bandar-bandar kewangan dunia (New York, London, Frankfurt, Hong Kong) menawarkan pendapatan yang lumayan serta situasi perdagangan ekonomi yang pantas dan mencabar.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail