
Afterschool Team
April 5, 2017
Tarikh permohonan pelajar di laman rasmi UPU telah dilanjutkan sehingga 6 April 2017 pada jam 5.00 petang. Jadi tentu ada bukan dari kalangan yang sedang mengisi permohonan di saat-saat akhir bukan?. Jika ada dalam kalangan golongan itu, tentu sekarang tengah merasa azabnya mengisi permohonan di saat akhir selain semalam sistem UPU ini mengalami gangguan. Sudah kami katakan elakkan mengisi di saat-saat akhir. Macam-macam kemungkinan yang akan berlaku.
Anda sedang mencari biasiswa yang bersesuaian? Daftar profil bersama kami sekarang!Kepada anda yang sudah selesai mengisi, disarankan untuk membuat kemaskini semula, ini kerana kemungkinan permohonan anda tidak diterima oleh sistem memandangkan terdapat gangguan. Pihak UPU juga turut memaklumkan perkara ini dengan meminta anda mengemaskini semula. Anda hanya perlu kemaskini dengan menyemak semula permohonan, jika benar-benar yakin, klik hantar dan cetak semula slip permohonan itu.
Kepada ada yang selesai mengisi dan mengemaskini, apa perancangan seterusnya? apa yang ada perlu buat?. Mestilah hendak mengetahui bilakah tarikh keputusan permohonan akan diumumkan bukan?. Jika gagal dalam permohonan bilakah tarikh permohonan rayuan dan sebagainya. Jangan risau kami kongsikan dengan anda. Anda boleh rujuk jadual tarikh-tarikh penting UPU seperti di bawah :
Untuk permohonan rayuan kelak, anda perlu memohon semula rayuan di laman web yang sama iaitu laman UPU. Permohonan rayuan sama ada lepasan SPM atau STPM/Setaraf, permohonan boleh dibuat sebaik sahaja keputusan permohonan diumumkan. Jika anda tidak berjaya ditawarkan mana-mana universiti, anda boleh mengemukakan permohonan.
[caption id="attachment_68589" align="aligncenter" width="781"]
Kredit : Giphy.com[/caption]
Peringatan penting!, jika anda sudah ditawarkan kursus tetapi kursus tersebut bukanlah pilihan anda, anda tidak boleh mengemukakan rayuan. Ini kerana, walaupun anda mengemukakan rayuan sekali pun, pihak UPU tidak akan mempertimbangkan rayuan tersebut. Rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang tidak ditawarkan langsung untuk sambung pengajian ke mana-mana universiti. Jadi, jika anda masih membuat permohonan, secara automatik tawaran yang sebelum ini akan ditarik balik dan permohonan rayuan anda juga tidak akan diterima. "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". Jadi kami di Afterschool, mengucapkan semoga berjaya kepada anda!.
[caption id="attachment_68588" align="aligncenter" width="759"]
Kredit : Giphy.com :HilariousGifs.com[/caption]