SPM guide

PANDUAN & TIP PERMOHONAN UPU 2018/2019

×

Ketahui Cara untuk menjadi Tenaga Pengajar di Institusi Kemahiran Awam & Swasta dalam Negara!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 30, 2017, 03:24 pm

Anda berminat untuk menjadi tenaga pengajar atau mudahnya pensyarah di institut kemahiran?. Anda memiliki kelayakan berikut :

 

 

  • Warganegara Malaysia berumur 20 - 35 tahun
  • Lulus dalam SPM atau SPMV dengan lulus dalam Bahasa Malaysia (BM) dan Sejarah (bagi calon SPM tahun 2013 ke atas)
  • Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut:
      • Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5
      • Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
      • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
      • Sijil daripada Suruhanjaya Tenaga dalam NOSS berkaitan
      • Ijazah daripada Universiti Awam & Institusi Pengajian Tinggi Swasta
      • Diploma daripada Universiti Awam/ Institusi Pengajian Tinggi Swasta/ Institusi Latihan Kemahiran Awam/ Institusi Latihan Kemahiran Swasta
      • Sijil daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam / Institusi Pengajian Tinggi Swasta/ Institusi Latihan Kemahiran Awam
  •  

Jika anda menepati kelayakan diatas anda layak untuk memohon melanjutkan pengajian selama 9 bulan setengah di PUSAT LATIHAN PENGAJAR & KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST) dalam Sijil Pengajar Vokasional (VTO). Tamat pengajian anda boleh memohon sebagai tenaga pengajar di mana-mana institusi kemahiran bertauliah dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 

Struktur program latihan ini adalah seperti berikut :

 

  • Menggunapakai NOSS Vocational Training Operation (I-031-3:2014) sebagai garis panduan asas.
  • Pelaksanaan kursus adalah 3 bulan teori (metodologi) di CIAST dan 6 bulan latihan internship di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta (ILKA/S) sebagai pensyarah pelatih.
  • Pelajar yang tamat pengajian dengan jayanya akan dianugerahkan Sijil Pengajar Vokasional (VTO) (SKM Tahap 3) daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 

 

Berminat?. Jika berminat hanya bidang tertentu sahaja yang ditawarkan. Jika anda memiliki kelayakan dalam bidang tersebut, anda layak untuk memohon. Kepada mereka yang memiliki ijazah, diploma atau sijil bukan dalam bidang berkaitan, anda WAJIB memiliki pengalaman kerja dalam bidang tersebut sekurang-kurangnya 2 tahun. Berikut adalah bidang yang ditawarkan :

 

  • Electrical & Electronics, Telecommunications & Broadcasting Industry
  • Information Technology & Communications
  • Machinery & Equipment
  • Mechanical & Electrical Service and Maintenance
  • Transportation
  • Packaging
  • Interior Décor
  • Business Management
  • Printing
  • Textile & Apparel
  • Agriculture & Agrobased
  • Resource Based
  • Care & Community
  • Arts & Culture
  • Medical & Pharmaceuticals
  • Hospitality & Tourism
  • Souvenir & Small Enterprise
  • Building & Construction
  • Landscapping & Environmental

 

*** Untuk semak kursus spesifik mengikuti bidang rujuk laman permohonan CIAST. Daftar permohonan baru dan buat semakan.

  KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :

  • Elaun sara diri
  • Yuran pengajian percuma
  • Latihan yang berkualiti
  • Kemudahan pembelajaran yang selesa yang merangkumi makmal, bilik kuliah, bengkel, sukan dan riadah

 

 

Kepada anda yang ingin memohon, bolehlah terus di laman rasmi CIAST dengan KLIK DISINI. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 September 2017. Jika anda berjaya, kemasukan adalah pada bulan Januari 2018. Semoga berjaya kami ucapkan!. Graduan lepasan sijil, diploma dan ijazah digalakkan memohon, inilah peluang anda untuk menjadi pensyarah bidang kemahiran! Jangan tunggu lagi!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini