Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 29, 2017, 11:02 am
Berminat sambung belajar tetapi tidak cukup syarat kelayakan akademik?. Alahai ruginya kalau pakar dalam bidang tertentu tetapi tidak boleh nak upgrade diri kerana tak cukup syarat kelayakan akademik. Maklumlah SPM dulu keputusan kurang memuaskan. Apa perlu buat takkan tidak ada cara untuk dapatkan kelayakan akademik dengan pengalaman sedia ada?.
Jangan risau, APEL kan ada. Apa itu APEL?. APEL ialah satu proses yang digunakan untuk tujuan identifikasi, dokumentasi dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu seseorang individu. Untuk perkongsian kali ini, kami kongsikan cara untuk memohon APEL di UiTM. Bagi konteks pengajian di UiTM, APEL boleh digunapakai untuk tujuan kelayakan bagi permohonan kemasukan ke program-program di UiTM dan juga mengakreditasi subjek-subjek kursus berdasarkan pengalaman individu tersebut.
Berdasarkan pada garis panduan yang ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), terdapat dua jenis APEL yang digunapakai oleh UiTM iaitu :
Apa perbezaan antara APEL (A) dan APEL (C)?
APEL (A) memberi akses atau laluan kepada golongan individu yang sudah mempunyai pengalaman bekerja tetapi tidak mencukupi syarat kelayakan akademik minima yang ditetapkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di institusi pengajian tinggi. UiTM mengiktiraf Sijil APEL (A) bagi tujuan permohonan kemasukan ke program-program yang ditawarkan. Selepas memiliki sijil kelayakan APEL (A) berkenaan, anda boleh menggunakannya untuk membuat permohonan bagi mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan oleh UiTM.
Manakala, APEL (C) ialah satu mekanisma yang membolehkan pelajar UiTM untuk memohon pengecualian kredit untuk subjek berdasarkan pengalaman kerja, pengalaman hidup atau himpunan kursus pendek pelajaran. Hanya pelajar-pelajar yang telah berdaftar di UiTM layak untuk memohon pengecualian kredit melalui APEL (C) dan ini berdasarkan pengalaman pembelajaran terdahulu pelajar tersebut.
Apakah peringkat pengajian yang boleh dipohon dengan menggunakan APEL (A)?
Di UiTM, sijil APEL (A) diterima bagi empat (4) kemasukan pengajian:
Fakulti manakah yang menawarkan program dengan menggunakan syarat kemasukan APEL (A)?
Dengan APEL (A), permohonan boleh dibuat untuk mana-mana program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan oleh UiTM kecuali program-program yang melibatkan pengiktirafan dari Badan Professional (Professional Bodies).
Manakala untuk program Ijazah Sarjana, pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menetapkan bahawa bidang pengajian yang boleh dipohon menggunakan APEL (A) adalah seperti berikut:
Bagaimanakah cara memohon APEL (A)?
Calon boleh membuat permohonan melalui laman web MQA di http://www2.mqa.gov.my/APEL/. Klik pada tab permohonan untuk memohon. Anda boleh memilih untuk menduduki Ujian Aptitude APEL di UITM atau dimana-mana cawangan yang berdekatan dengan anda. Selepas berjaya dalam ujian APEL, anda boleh gunakan sijil APEL (A) berkenaan untuk memohon masuk ke pengajian di UITM dalam tahap pengajian yang ingin diikuti.
Manakala untuk anda pelajar UiTM yang sedang melanjutkan pengajian tetapi pernah mempunyai pengalaman kerja dalam kursus tertentu anda boleh memohon APEL (C). Apakah kebaikan APEL (C) ini ?. Antara kebaikan APEL (C) adalah :
Peringkat pengajian yang boleh dipohon dengan menggunakan APEL C?
Di UiTM, permohonan pemindahan kredit melalui APEL (C) adalah untuk pelajar-pelajar berdaftar di UiTM yang sedang mengikuti pengajian di peringkat berikut:
Fakulti manakah yang menawarkan program dengan menggunakan syarat kemasukan APEL C?
Bagi permohonan APEL (C), pelajar-pelajar yang telah berdaftar untuk mengikuti program-program pada peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam mana-mana fakulti layak untuk memohon APEL (C) melainkan program-program yang melibatkan pengiktirafan dari Badan Professional (Professional Bodies).
Bagaimanakah penilaian dibuat bagi APEL (C)?
Penilaian APEL (C) dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak MQA. Secara amnya, penilaian akan melibatkan pemetaan pengalaman pembelajaran terdahulu (experiential learning) pemohon dan hasil pembelajaran kursus (learning outcomes) bagi setiap pengecualian kredit bagi subjek yang dipohon melalui APEL (C). Jenis instrumen penilaian akan ditentukan oleh Penasihat APEL (C) dengan mengambil kira keperluan subjek yang dipohon dan tahap pengajian program tersebut.
Secara amnya terdapat dua jenis instrumen penilaian bagi APEL (C) iaitu Challenge Test dan Portfolio. Contoh-contoh challenge test adalah seperti ujian bertulis, ujian lisan dan uji-bakat, manakala portfolio adalah dokumen formal yang disediakan oleh pemohon bertujuan untuk menunjukkan pengalaman pembelajaran terdahulu setara dengan hasil pembelajaran kursus (course learning outcomes). Portfolio pemohon mengandungi kompilasi bukti-bukti pembelajaran terdahulu dan disediakan mengikut template yang ditetapkan. Klik panduan permohonan dan klik personal statements untuk info lebih lanjut tentang permohonan.
Siapakah yang menguruskan APEL (C) di UiTM?
Pelajar yang berdaftar di UiTM boleh memohon APEL (C) yang diuruskan oleh Institut Pendidikan Neo (iNED), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Bilakah pelajar boleh memohon APEL (C)?
Pelajar boleh memohon APEL (C) pada bila-bila masa sepanjang pengajian mereka di UiTM tetapi adalah disarankan agar permohonan APEL (C) dibuat pada tahun pertama pengajian. Pelajar yang telah berdaftar disarankan untuk menyemak pelan pengajian masing-masing dan mengenalpasti mana-mana subjek yang dirasakan boleh diberi pengecualian kredit berdasarkan pengalaman pembelajaran mereka.
Bagaimanakah cara memohon APEL (C)?
Permohonan untuk APEL (C) adalah terbuka untuk pelajar-pelajar yang telah berdaftar dengan UiTM. Sistem permohonan online untuk APEL (C) boleh didapati di http://iis.ined.uitm.edu.my/.
Siapakah yang boleh dihubungi?
Untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai penggunaan sistem APEL di UiTM atau pertanyaan sama ada pengalaman kerja anda sebelum ini menepati syarat untuk permohonan APEL A atau APEL C, anda boleh terus hubungi pegawai berikut di Institut Pendidikan Neo (iNED), Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mengendalikan sijil APEL ini.
Perlukan
bantuan?