Kes histeria: PPD ada kuasa penuh

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 25, 2016, 04:15 pm

Kes histeria: PPD ada kuasa penuh! Kementerian Pendidikan memberi kuasa penuh kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk membuat keputusan berhubung kes histeria di sekolah, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.histeria Beliau berkata selain PPD, pihak sekolah juga dibenar mencari penyelesaian terbaik termasuk dengan menggunakan kaedah perubatan tradisional. "Tapi (bawa pelajar) ke hospital adalah perkara nombor satu. Selepas itu nak panggil panggil bomoh, dukun, kita biarkan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-39 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Perak. Mahdzir diminta mengulas mengenai kes serangan histeria yang berlaku di tiga buah sekolah minggu ini iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1, SMK Kemumin dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Kerian 3 Kelantan. --Bernama

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail