Kerajaan Hungary Tawar 40 Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia untuk Melanjutkan Pengajian ke Sana

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 23, 2022, 03:58 am

Berita baik kepada anda yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara. Kerajaan Hungary menawarkan 40 biasiswa kepada pelajar Malaysia bagi melanjutkan pelajaran ke negara itu.

 

 

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bidang pengajian yang ditawarkan adalah pertanian, kejuruteraan air, seni bina, pengajian warisan budaya, sains asli, sains alam sekitar dan sains kesihatan. Selain itu, Malaysia dan Hungary akan bekerjasama sepenuhnya dengan menyokong hubungan pendidikan tinggi di antara satu sama lain serta menggalakkan pelbagai aktiviti seperti pertukaran kakitangan akademik dan penyelidik.

 

“Kerjasama pendidikan di peringkat antarabangsa secara tidak langsung akan merangsang industri pendidikan tinggi negara sekali gus memantapkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau antarabangsa,” katanya selepas majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Hungary mengenai kerjasama pendidikan tinggi dua negara. Dalam MoU tersebut, Datuk Seri Idris Jusoh mewakili Malaysia manakala Hungary diwakili Duta Besar Hungary ke Malaysia, Attila Kali. 

 

Apa menariknya di Hungary?.Hungary adalah sebuah negara di tengah-tengah Eropah. Jika anda berjaya melanjutkan pengajian ke sana kelak, anda bebas menerokai 26 buah lagi negara eropah yang dikenali sebagai Schengen Area dengan hanya menggunakan satu visa sahaja. Kebebasan ini adalah hasil daripadan "Perjanjian Schengen" yang menghapuskan sempadan zon di antara 26 buah negara Eropah tersebut. Berikut adalah senarai 26 buah negara berkenaan.

 

  1. Austria
  2. Belgium
  3. Czech Republic
  4. Denmark
  5. Estonia
  6. Finland
  7. France
  8. Germany
  9. Greece
  10. Hungary
  11. Iceland
  12. Italy
  13. Latvia
  14. Lithuania
  15. Luxembourg
  16. Malta
  17. Netherlands
  18. Norway
  19. Poland
  20. Portugal
  21. Slovakia
  22. Slovenia
  23. Spain
  24. Sweden
  25. Switzerland
  26. Liechtenstein

 

 

Jadi kepada anda yang ingin melihat dunia luar, merasai budaya, belajar bahasa luar seterusnya menimba pelbagai pengalaman sambil belajar, anda bolehlah memohon biasiswa ini. Kepada yang berminat untuk memohon, boleh klik pautan berikut : BIASISWA KERAJAAN HUNGARY 2018. Semoga perkongsian ini membantu.

 

PERHATIAN :

SILA RUJUK TERUS LAMAN RASMI AFTERSCHOOL BAHAGIAN BIASISWA UNTUK SEMAK BIASISWA TERKINI DARI MASA KE SAMA. KLIK PAUTAN BERIKUT : https://afterschool.my/bm/biasiswa

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail