logo
logo

    Courses

    Institutions

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan Diumumkan Esok!

Afterschool

Afterschool

January 18, 2017





Kepada pelajar yang mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), esok merupakan hari penting kerana Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa keputusan STAM 2016 akan diumumkan pada esok iaitu hari khamis bersamaan 19 Januari 2017.

 

22stamlulus

 

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada calon STAM, berikut kami kongsikan beberapa cara semakan keputusan untuk memudahkan anda. Kaedah semakan seperti berikut :

 

blank-sign-board-background_zk2HdytO_M

 

Bagi mendapatkan slip peperiksaan, anda boleh mendapatkannya di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau jika anda sudah tidak sabar menunggu abang posmen, anda boleh terus menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri, di mana tempat anda mendaftar untuk menduduki peperiksaan sebelum ini dan terus dapatkan slip tersebut.

 

Pada peperiksaan STAM 2016 yang lalu, seramai 8,784 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM di 224 pusat peperiksaan seluruh negara. Daripada jumlah 8,784 calon, 2,110 adalah calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 4,617 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 680 adalah calon Sekolah Menengah Agama Rakyat, 1,269 adalah calon persendirian manakala 30 orang adalah calon Sekolah Menengah Swasta dan 78 calon luar negara (Kemboja) yang berdaftar dengan KPM.

  [caption id="attachment_66169" align="alignnone" width="600"]IMG_0017 Pelajar yang menduduki ujian STAM tahun lepas[/caption]  

Untuk pengetahuan anda yang mungkin tidak tahu mengenai STAM, suka kami kongsikan kepada anda. Sejarah STAM bermula pada tahun 1997, dimana persetujuan telah dicapai di antara pihak berwajib Mesir dan Malaysia untuk menyelaraskan sistem dan syarat kemasukan pelajar ke Universiti Al-Azhar. Berikutan itu, KPM telah berbincang dengan Al-Azhar Al-Sharif di Kaherah, Mesir pada 10 hingga 12 November 1998 dan mendapat kata putus mengenai perkara ini, yang kemudiannya dimaklumkan kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 3 Mac 1999.

  [caption id="attachment_66170" align="alignnone" width="600"]Al Azhar Masjed 1600x1000 Universiti Al-Azhar, Mesir[/caption]  

Seiring dengan keputusan tersebut, kini pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) telah mengguna pakai satu sistem pendidikan yang sama iaitu STAM, di mana ianya memenuhi standard dan diiktiraf oleh institusi pendidikan dalam dan luar negara termasuk Universiti Al-Azhar yang popular dalam kalangan pelajar sekolah agama. Calon STAM turut boleh menggunakan sijil STAM mereka untuk membuat permohonan kemasukan ke universiti-universiti di Malaysia dibawah program sarjana muda selain daripada program sains. Kerajaan Malaysia juga turut mengiktiraf STAM setaraf dengan STPM.

 
1813651
 

Pelaksanaan STAM ini turut bertujuan untuk melahirkan pelajar yang benar-benar berkualiti dan dapat memiliki ijazah dalam jangka masa yang paling singkat. Sebelum ini, lebih kurang 26 sijil telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan pelbagai sekolah agama bagi permohonan kemasukan pelajar Malaysia ke Universiti Al-Azhar contohnya Sijil Tinggi Ugama. Oleh itu, berdasarkan keputusan berkenaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia yang merupakan badan peperiksaan telah dilantik untuk mengendalikan peperiksaan ini berdasarkan standard kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar. Peperiksaan STAM mula diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2000 dimana, peperiksaan lisan bermula pada bulan Julai manakala peperiksaan bertulis pada bulan November/Disember.

 

Kurikulum yang menjadi asas STAM adalah kurikulum Ma’ahad Bu’uth Al-Azhar yang telah dipersetujui antara KPM dengan Al-Azhar Al-Sharif, Kaherah, Mesir dan digunapakai sekarang di SMAN dan SMAR di negara ini. Sebanyak 13 mata pelajaran, wajib diambil oleh pelajar mengikut kurikulum ini. Berikut adalah mata pelajaran tersebut :

 
  • Hifz Al-Quran dan Tajwid (ujian bertulis dan lisan)
  • Fiqh (bertulis)
  • Tauhid (Bertulis
  • Tafsir dan Ulumuhu (bertulis)
  • Hadith dan Mustolah (bertulis dan lisan)
  • Mantiq (bertulis)
  • Nahu ( bertulis
  • Sarf (bertulis)
  • Insya' (bertulis)
  • Adab dan Nusus (bertulis)
  • Mutala'ah (lisan)
  • Arud dan Qafiyah (bertulis)
  • Balaghah (bertulis)
 

Oleh itu, bagi ibu bapa atau pelajar yang berminat untuk mengambil peperiksaan STAM ini sangatlah digalakkan. Bagi calon STAM yang berdebar menunggu keputusan anda, berdoalah kerana anda sudah berusaha dan selebihnya adalah tawakal. Kami mengucapkan semoga berjaya menjejak kaki ke universiti Al-Azhar, Mesir!.