Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 akan Diumumkan pada 18 Januari 2018

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 15, 2018, 01:58 am

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 bakal diumumkan pada Khamis ini (18 Januari 2018). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah memaklumkan bahawa, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Manakala, bagi calon persendirian pula, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar bagi menduduki peperiksaan itu untuk mengetahui keputusan masing-masing.

Selain semakan di sekolah masing-masing, calon boleh menggunakan perkhidmatan sistem khidmat pesanan ringkas untuk menyemak keputusan STAM 2017 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan semakan itu akan diaktifkan bermula jam 10 pagi (18 Januari 2018) dan akan ditamatkan jam 6 petang pada 24 Januari 2018.

Diharapkan semua pelajar berjaya mencatatkan keputusan yang cemerlang sekaligus memilih laluan yang tepat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya. Teruskan bersama kami untuk perkongsian program pengajian yang ditawarkan kepada lepasan STAM di Universiti Awam selain biasiswa pengajian ke luar negara. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail