Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 15, 2017, 12:57 am
Kepada anda lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengugumkan bahawa keputusan SPM 2016 akan diumumkan secara rasmi pada 16 Mac 2017.
Kenyataan rasmi berkenaan dikeluarkan menerusi satu kenyataan media bertarikh 14 Februari 2017. Kenyataan media tersebut adalah rentetan daripada isu tarikh penguguman keputusan Peperiksaan SPM yang diuar-uarkan dan menjadi suatu teka-teki di media sosial.
KPM turut memaklumkan bahawa mereka akan sentiasa memastikan semua proses penyediaan data keputusan SPM di semua peringkat mengikut prosuder operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
KPM juga melaksanakan penjaminan kualiti bagi menjamin keputusan yang dikeluarkan adalah tepat dan sahih tanpa menimbulkan sebarang penganiayaan kepada calon-calon.
Bagi calon yang ingin membuat semakan keputusan kelak. Terdapat 3 kaedah semakan iaitu menerusi semakan online iaitu menerusi sistem Aplikasi Semakan Keputusan SPM 2016 di portal rasmi Lembaga Peperiksaan. Aplikasi berkenaan akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan iaitu 16 Mac nanti.
Kaedah semakan kedua menerusi semakan SMS iaitu : Taip : SPM (Jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888.
Contoh : SPM 991402095043 KC007B067 hantar ke 15888
Untuk mendapatkan slip keputusan penuh, anda boleh mendapatkannya di sekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi manakala calon persendirian, keputusan penuh akan dihantar melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dimana tempat anda mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM dahulu.
Setelah keputusan diumumkan terus kemas kini keputusan anda di portal UPU untuk kemasukan ke universiti. Kami di Afterschool mengucapkan semoga berjaya kepada semua calon yang terlibat.
Pautan berkaitan : Langkah Mengisi Permohonan UPU dalam Portal , Senarai keseluruhan program berserta syarat kelayakan
Perlukan
bantuan?