Afterschool
December 21, 2016
Bagi pelajar, ibu bapa dan guru-guru yang menanti keputusan peperiksaan Petaksiran Tingkatan Tiga (PT3), debaran Keputusan itu bakal berakhir apabila keputusan PT3 akan diumumkan di seluruh negara mulai esok.
Sejumlah 432, 514 calon di seluruh negara menduduki peperiksaan PT3 itu pada 10 Oktober hingga 13 Oktober lalu. Semua calon yang terbabit, boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi esok.
Peperiksaan PT3 diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaann Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi pelajar tingkatan tiga.
Ia meliputi 12 mata pelajaran termasuk Matematik, Sains, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Islam dan bahasa yang terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin serta Tamil.
Ini merupakan tahun ketiga peperiksaan PT3 dilaksanakan, sejak ia diperkenalkan oleh bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.