Kenapa Majoriti Rakyat Malaysia Melanjutkan Pengajian di Birmingham, United Kingdom

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 13, 2021, 01:52 am

United Kingdom menempatkan beberapa buah institusi pendidikan tinggi terulung di dunia dan menjadi destinasi kedua tumpuan rakyat Malaysia untuk melanjutkan pengajian. Maka, tidak hairanlah jika UK menjadi negara komuniti siswa antarabangsa terbesar di dunia, sekaligus tumpuan pelbagai etnik dan budaya dari seluruh dunia. 

 

Kota terkenal dan kaya dengan warisan di UK iaitu Kota Birmingham menyediakan plebagai peluang kepada siswa Malaysia untuk meneroka banyak bidang baharu, menjalin persahabatan dan memperoleh pendidikan tinggi yang diiktiraf serata dunia.

 

Kota kaya dengan budaya, warisan, dan hiburan

Birmingham merupakan bandar kedua terbesar di UK, dengan prasarana yang hebat dan kegiatan kebudayaan yang rancak. Ia juga mempunyai bilangan siswa yang ramai kerana kos makanan, pakaian, pengangkutan dan penginapan yang berpatutan berbanding bandar-bandar lain di UK. Rakyat Malaysia yang melanjutkan pengajian ke Birmingham pasti akan kagum melihat begitu banyak tempat untuk dilawati dan kegiatan yang boleh dilakukan di kota itu. Misalnya Terusan Birmingham yang meliputi kawasan sepanjang 35 batu dan lebih panjang daripada Terusan Venice.

 

Anda juga boleh mengunjungi pelbagai jenis restoran, bar, kedai dan pusat hiburan di sepanjang terusan yang pasti akan menghiburkan anda. Peminat drama "Peaky Blinders" pasti teruja kerana di Birmingham jugalah rancangan popular Netflix itu dirakam.

 

Bagi peminat seni dan binaan, galeri seni yang begitu banyak di Birmingham pasti akan menguja perasaan, begitu juga jika anda lawati Gereja Besar St Philip. Anda juga perlu tahu bahawa Birmingham mempunyai muzium Cadbury World, malah digelar syurga cokelat UK. Kota itu juga mempunyai industri makanan dan minuman yang pesat, memenuhi cita rasa mereka yang cerewet ataupun yang berhati-hati bila berbelanja.

 

Di samping restoran bertaraf Michelin, pengunjung pasti rambang mata melihat deretan restoran, bar, kafe dan penjaja makanan lazat. Rakyat Malaysia tentunya gembira kerana Birmingham manawarkan kepelbagaian masakan etnik, seperti masakan British dan makanan istimewa Malaysia dan orang Asia lain.

 

Menara gading yang tersendiri

Universiti Birmingham berada pada kedudukan 90 dalam QS World University Rankings 2022 dan sentiasa tergolong dalam kalangan 100 universiti terbaik di dunia. Maka tidak hairanlah universiti ini menjadi tempat pengajian 10,000 pelajar dari lebih 150 negara, menjadikannya antara komuniti pelajar terbesar di UK.

 

Kepelbagaian budaya tentunya akan memudahkan rakyat Malaysia yang menuntut di Universiti Birmingham menyesuaikan diri sebagai seorang "Brummie", iaitu gelaran bagi mereka yang tinggal di Birmingham.

 

Satu lagi kelebihan adalah lepasan Universiti Birmingham sentiasa diburu oleh para majikan. Menurut kajian tahunan The Graduate Market pada 2021 oleh High Fliers Research Limited, Universiti Birmingham merupakan universiti pilihan pertama dalam kalangan majikan di UK.

 

Kampus Edgbaston seluas 250 ekar terletak kira-kira 4.8km di barat daya pusat bandar Birmingham. Di tengah-tengah kampus ini berdirinya menara jam mandiri terbesar di dunia, iaitu Menara Jam 'Old Joe' yang merupakan lambang warisan dan kebudayaan institusi itu.

 

Kampus itu menampilkan seni bina gaya Victorian, dikelilingi pepohon rimbun, laman, dan denai pejalan kaki – yang menimbulkan suasana aman serta sesuai untuk pembelajaran. Ia juga satu-satunya universiti di UK yang mempunyai stesen kereta api tersendiri. Kemudahan ini memudahkan pelajar pergi dan balik ke pusat bandar Birmingham tanpa perlu meninggalkan kampus untuk menahan pengangkutan awam.

 

Apa kata siswa

Ramai pelajar Malaysia menganggap Universiti Birmingham seperti rumah kedua mereka. Antaranya, Ku Nurul Izzah, lepasan jurusan psikologi. "Saya pilih Birmingham kerana kampusnya amat terkenal manakala kursus psikologinya pula orang ramai tahu Sekolah Psikologi Universiti Birmingham antara yang terbaik di UK.

 

" Ally Cheah yang menuntut ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pula memberitahu, "yuran tuisyen di universiti itu adalah berpatutan, di samping masih mengekalkan tahap kualiti tertinggi dalam semua aspek. Kos sara hidup di Birmingham satu lagi perkara terbaik."

 

Nurwina Anuar, yang ketika ini menuntut ijazah kedoktoran di Sekolah Sains Sukan dan Senaman dan juga presiden Malaysian Society di Universiti Birmingham berkata, "budaya di kota Birmingham majmuk, dan Universiti Birmingham mempunyai banyak kelab dan persatuan untuk disertai." 

 

"Saya menyarankan rakyat Malaysia sertai Malaysian Society di universiti ini kerana kita sudah atur banyak acara menarik tahun ini.

 

"Sekarang anda sudah tahu kenapa rakyat Malaysia dahulu dan sekarang memilih Universiti Birmingham untuk menuntut pendidikan tinggi di UK.

 

Kepada anda yang berminat untuk melanjutkan pengajian di United Kingdom khususnya di University of Birmingham, anda boleh dapatkan info lebih lanjut dengan klik info mengenai sambung belajar di University of Birmingham.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail