Afterschool
December 22, 2015
Terdapat beberapa jenis kategori berbeza untuk lepasan SPM, lepasan Asasi/Matrikulasi dan lepasan STPM/Setaraf termasuk untuk program yang hendak dipohon. Banyaknya kategori... Jangan sampai salah isi borang UPU!
1) Daftar masuk Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA Permohonan kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Ambilan Tahun 2016 hanya dibuka untuk kategori berikut: Kategori A: Calon yang memohon dengan keputusan SPM pada tahun ini. Kategori B: Calon yang memohon dengan keputusan SPM satu atau dua tahun sebelum ini. Kategori C: Calon yang memohon dengan keputusan SPM tiga tahun atau lebih sebelum ini. Kategori D: Calon yang memohon dengan keputusan SPM dua tahun sebelum ini dengan sijil ulangan SPM pada tahun ini, ATAU Calon yang memohon dengan keputusan SPM satu tahun sebelum ini dengan sijil ulangan SPM pada tahun ini, ATAU Calon yang memohon dengan keputusan SPM dua tahun sebelum ini dengan sijil ulangan SPM pada satu tahun sebelum ini 2) Daftar masuk Universiti Awam dan Politeknik Premier Permohonan kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 hanya dibuka untuk kategori berikut: Kategori A Pemohon Lepasan SPM 2015. Kategori B Pemohon Lepasan SPM 2014 atau 2013.
Permohonan kemasukan ke Universiti Awam bagi Program Pengajian Lepasan Asasi / Matrikulasi Sesi Akademik 2016/2017 dibuka untuk kategori berikut: Kategori N Aliran Sains Kategori P Aliran Perakaunan Kategori U Aliran Undang-undang Kategori K Aliran Kejuruteraan UiTM Kategori L Aliran TESL Kategori J Aliran Teknikal BMKPM
Permohonan kemasukan ke Universiti Awam bagi Program Pengajian Lepasan STPM dan STAM Sesi Akademik 2016/2017 dibuka untuk kategori berikut: Kategori A Pemohon Lepasan STPM Tahun 2015 Aliran Sastera Kategori S Pemohon Lepasan STPM Tahun 2015 Aliran Sains Kategori T Pemohon Lepasan STAM Tahun 2015 dan 2014
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.