Kenali personaliti pelajar dari posisi dalam kelas/kuliah

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 01, 2016, 05:12 pm

1ljuuNb Seringkali kita mendengar stereotaip tentang orang yang duduk di tempat-tempat tertentu dalam kelas, tetapi stereotaip tersebut sebenarnya bukanlah tepat memandangkan kita ada pelbagai jenis manusia dan perangainya.

Orang yang duduk di depan

Rolling_Seats3-blog Mitos: Rajin, orang yang suka membodek, orang yang suka tunjuk pandai, narkisis. Fakta: Fakta menyaksikan kebanyakan orang yang duduk di depan memiliki gred yang lebih baik kerana mereka sangat hampir dengan tenaga pengajar, iaitu guru. Dan bukan semuanya yang suka duduk depan sebagai narkisis dan mahu tunjuk pandai, mungkin kerana mereka mempunyai penglihatan yang kurang baik atau pendengaran yang kurang baik untuk fokus.

Orang yang suka duduk di belakang

webclass1004c13 Mitos: Pemalas, suka tidur, anti-establishment, tidak suka ke sekolah. Fakta: Ada orang yang lebih gemar di belakang kerana dia merupakan seorang pemerhati, dan dari belakang, dia dapat melihat segala-galanya yang berlaku di dalam kelas. Ada sesetengah orang duduk di belakang kerana dia merupakan seorang introvert.

Orang yang suka duduk di tengah

Portrait of a cute school girl at classroom looking behind Mitos: Orang yang suka mencetuskan kebisingan, tetapi kemudian bila cikgu datang, dia pura-pura senyap. Fakta: Orang yang duduk di tengah-tengah kelas ialah orang yang paling optimum dari segi penglihatan dan pendengaran. Seperti dalam panggung wayang, ramai orang mahu duduk di tengah kerana perkara yang sama. Dari segi psikologi, orang di tengah mampu bersifat ambivert, iaitu senyap dan gemar bercakap dengan orang yang tertentu.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail