Kenaikan Jumlah Pinjaman Kepada Pelajar Diploma B40 Dengan Simpanan Bertakaful Oleh IPTS

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 28, 2021, 09:10 am

Berita baik kepada pelajar diploma yang melanjutkan pengajian di IPTS, pihak PTPTN telah menaikkan jumlah bayaran pinjaman yang pada asalnya adalah RM6,800 setahun kepada RM8,000 setahun berkuat kuasa pada 1 Januari 2021. Untuk soalan lazim berkaitan inisiatif terbaru oleh PTPTN kepada pelajar diploma IPTS ini boleh semak soal jawab dibawah. 

 

1. Apakah yang dimaksudkan inisiatif kenaikan jumlah pinjaman kepada pelajar diploma B40 IPTS?

Inisiatif ini bermaksud jumlah pinjaman maksimum pelajar B40 yang mengikuti pengajian peringkat diploma IPTS akan dinaikkan daripada RM6,800 setahun kepada RM8,000 setahun bagi pelajar B40 tertakluk kepada simpanan bertakaful oleh IPTS.

 

2. Apakah yang dimaksudkan simpanan bertakaful oleh IPTS?

Ia bermaksud pelajar akan mendapat simpanan bertakaful secara percuma dalam bentuk akaun SSPN-i Plus yang diberikan oleh IPTS sepanjang tempoh pengajian lazim.

 

3. Siapakah yang layak mendapat manfaat ini?

Pelajar yang layak mendapat manfaat adalah seperti berikut:-

  • Pelajar yang mengikuti pengajian peringkat diploma secara sepenuh masa di IPTS yang bersetuju menyediakan simpanan bertakaful;
  • Daripada golongan B40 yang disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR); dan
  • Permohonan pinjaman PTPTN mulai Januari 2021.

 

4. Siapakah yang menyediakan simpanan bertakaful percuma?

Simpanan bertakaful percuma berjumlah RM30.00 sebulan akan disediakan oleh IPTS dalam akaun SSPN-i Plus di bawah pakej Intan. Walau bagaimanapun, IPTS boleh memilih pakej yang lebih tinggi mengikut kesesuaian.

 

5. Adakah IPTS diwajibkan mengambil inisiatif ini?

Tawaran ini adalah berbentuk pilihan. IPTS tidak wajib mengambil inisiatif ini.

 

6. Adakah pelajar pengajian diploma separuh masa di IPTS layak inisiatif ini?

Tidak layak. Inisiatif ini hanya ditawarkan kepada pengajian diploma sepenuh masa sahaja.

 

7. Adakah pelajar Diploma Sains Kesihatan boleh menikmati inisiatif ini?

Tidak layak kerana pelajar Diploma Sains Kesihatan telah diberikan pinjaman maksimum sebanyak RM12,750 setahun.

 

8. Adakah pelajar yang telah mempunyai akaun SSPN-i, layak mendapat inisiatif kenaikan jumlah pinjaman RM8,000 setahun?

Layak tertakluk kepada IPTS menyediakan simpanan bertakaful percuma melalui akaun SSPN-i Plus.

 

9. Adakah pelajar yang telah mempunyai pakej Intan akaun SSPN-i Plus layak mendapat inisiatif kenaikan jumlah pinjaman RM8,000 setahun?

Layak tertakluk kepada IPTS menyediakan simpanan bertakaful percuma melalui akaun SSPN-i Plus sedia ada yang telah dibuka oleh pelajar.

 

10. Adakah pelajar layak mendapat inisiatif kenaikan jumlah pinjaman RM8,000 setahun jika pelajar adalah penerima manfaat bagi pakej akaun SSPN-i Plus ?

Layak tertakluk kepada IPTS bersetuju menyediakan simpanan bertakaful percuma melalui akaun SSPN-i Plus dengan pelajar sebagai pendeposit.

 

11. Adakah pelajar layak mendapat inisiatif kenaikan jumlah pinjaman RM8,000 setahun jika pelajar adalah pendeposit bagi pakej akaun SSPN-i Plus ?

Layak tertakluk kepada IPTS bersetuju menyediakan simpanan bertakaful percuma melalui akaun SSPN-i Plus dengan pelajar sebagai pendeposit.

 

12. Bagaimanakah IPTS ingin mendapatkan inisiatif kenaikan jumlah pinjaman ini?

PTPTN akan mengeluarkan surat tawaran berserta terma dan syarat yang perlu dipatuhi kepada semua IPTS. IPTS yang berminat perlu memberi persetujuan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

13. Di manakah pelajar boleh menyemak maklumat IPTS yang mengambil inisiatif ini dengan jumlah pinjaman RM8,000 setahun?

Semakan boleh dibuat mulai 1 Januari 2021 di portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my)

 

14. Bilakah inisiatif ini akan dilaksanakan?

Inisiatif ini akan dilaksanakan bermula pada 1 Januari 2021.

 

Bagi yang ingin mendapatkan info lengkap berkaitan pinjaman PTPTN, boleh klik info pinjaman PTPTN, permohonan PTPTN, panduan permohonan PTPTN, Wang Pendahuluan PTPTN, bayaran balik pinjaman PTPTN, cara bayar balik pinjaman PTPTN dan perbandingan pinjaman PTPTN dengan pinjaman lain seperti pinjaman kerajaan negeri, pinjaman maybank, pinjaman bank rakyat.

 

Semoga perkongsian ini membantu!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail