logo
logo

    Courses

    Institutions

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Guna Cara Halus Nasihat Peminjam Tegar Tabung Pendidikan Pelajaran (TPP) untuk Lunaskan Hutang! Selain Dedahkan Senarai Nama Peminjam!.

Afterschool

Afterschool

December 7, 2016





Kementerian Pendidikan Tinggi menerusi portal rasminya telah memuat naik hebahan senarai nama peminjam tegar Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) sehingga 30 September 2016. Hebahan yang di muat naik oleh Bahagian Biasiswa, KPT adalah untuk memastikan peminjam dana berkenaan melunaskan pinjaman masing-masing.

 

picture4

 

picture5

 

picture3

 

picture1

 

Menariknya, di akhir hebahan tersebut KPT bertindak memetik sepotong hadis riwayat At-Tarmidzi, Ibn Majah dan Al-Baihaqi iaitu :

 

“ Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi”.

 

hadis

 

Amaran halus ini dilihat digunakan untuk melembutkan hati peminjam yang tegar untuk membayar hutang pinjaman. Walau bagaimanapun, menerusi portal rasmi KPT juga turut mengatakan bahawa dana pinjaman pendidikan akan langsai sekiranya peminjam meninggal dunia.

 

picture6

 

Namun bagi yang masih hidup, hutang wajib dilunaskan sementara tubuh masih bernyawa. Ini bagi mengelakkan sebarang tindakan drastik di buat oleh Kementerian berkenaan seperti menyenarai hitamkan sebagaimana nasib yang menimpa peminjam dana kewangan PTPTN.  Ianya tentu bakal menyulitkan kehidupan anda kelak. Maka eloklah sekiranya peminjam melunaskan hutang masing-masing.

 

ptptn

  penjamin,pinjaman bank,hutang bank,pinjam bank,hutang,bank lelong,interest bank,  

Untuk makluman, Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), KPT merupakan satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957. Pinjaman TPP diberikan kepada pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah KPT.

 

Peminjam yang menerima pinjaman di bawah TPP ini, perlu membayar balik pinjaman tersebut selepas enam (6) bulan menamatkan pengajiannya atau sudah mendapatkan pekerjaan. KPT telah menetapkan pembayaran secara ansuran sebanyak RM125 sebulan. Walau bagaimanapun, pembayaran melebihi jumlah tersebut amatlah digalakkan.

 

Surat tuntutan bayaran balik pinjaman akan dihantar kepada peminjam dalam tempoh enam (6) bulan selepas mereka menamatkan pengajian. Bagi kes peminjam yang menarik diri atau gagal dalam pengajian, surat tuntutan akan dikeluarkan dan dihantar kepada peminjam secara serta-merta setelah status pengajian peminjam dari Politeknik dan Kolej Komuniti yang berkenaan diterima.

 

Oleh itu, bagi peminjam yang insaf dan berniat untuk membayar hutang, anda boleh menyemak semula nama anda sekiranya tersenarai dalam senarai berkenaan dan mengetahui cara membayar balik pinjaman di portal KPT.   Bagi anda yang hendak mengetahui kaedah bayaran dan semakan penyata boleh klik di sini manakala untuk membuat semakan nama sama ada tersenarai atau tidak boleh klik di sini untuk muat turun. Selamat membayar hutang!.

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background