Kelayakan akademik pelakon Ola Bola

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 02, 2016, 02:17 pm

Kelayakan akademik pelakon Ola Bola, filem yang memecah kutipan box office Malaysia dalam hanya 4 hari tidak kurang mengagumkan! Tahu tak Bront Palarae pernah belajar di Itali?poster filem ola bolaOla Bola, filem tentang bolasepak negara sekitar 1980an, begitu popular sehinggakan kutipan box office RM2.5 juta dalam masa hanya 4 hari. Filem yang mengisahkan pasukan Harimau Malaya dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik 1980 di Moscow, telah menarik ramai peminat terutamanya peminat bolasepak tanah air.

Bront Palarae - Rahman, pengulas sukan

Bront Palarae sebagai Rahman, pengulas sukan yang mengulas perlawanan bola sepak dalam Ola Bola.

  • mendapat pendidikan di Akademi Filem Malaysia pada tahun 1999 hingga tahun 2002
  • melanjutkan pelajaran di Università per Stranieri di Perugia, di Itali pada tahun 2005 hingga 2006.

Luqman Hafidz - Ahmad Ali

Luqman Hafidz, melakonkan watak Ahmad Ali dalam Ola Bola. Graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang ukur tanah.

JC Chee - Tauke

JC Chee, melakonkan watak Tauke dalam Ola Bola Alumni dari TAR College dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal.

Chiu Keng Guan - Pengarah Filem

Chiu Keng Guan, Pengarah Ola Bola Mendapat pendidikan tingginya dalam bidang perfileman di Beijing Film Academy, China. Kami harap kelayakan akademik pelakon Ola Bola dan pengarah filem ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam apa bidang yang anda ingin ceburi sambil cemerlang dalam bidang pendidikan.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail