Afterschool
July 6, 2018
Baru-baru ini Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, kerajaan mahu lebih ramai bakal guru memohon ke kursus pendidikan khas kerana banyak kekosongan jawatan berkenaan di seluruh negara. Beliau berkata di Selangor misalnya, terdapat 56 kekosongan guru pendidikan khas diperlukan di sekolah menengah dan sekolah rendah jenis berkenaan.
Itu hanya di Selangor, jika digabungkan keseluruhan jumlah kekosongan di semua sekolah dan negeri, beliau berkata keperluan guru pendidikan khas adalah lebih tinggi. Disebabkan itu, kerajaan meminta mereka yang berminat menjadi guru supaya memohon dibawah bidang pendidikan khas seterusnya dapat mengurangkan jumlah lambakan guru dalam bidang lain yang sudah terlalu ramai.
Sungguhpun begitu, jangan memohon hanya semata untuk segera mendapat kerja sahaja kerana cabaran sebagai guru pendidikan khas ini lebih berat kerana anda akan mendidik pelajar dalam kategori kelainan upaya dan masalah pembelajaran. Hanya individu yang berjiwa besar sahaja mampu mengalas tanggjawab mendidikan anak bangsa yang istimewa ini.
Sekiranya anda tidak mempunyai tingkat kesabaran tersebut, kami sebelum ini telah kongsikan 26 ijazah pendidikan lain yang mudah ditawarkan sebagai guru selepas tamat pengajian. Maklumlah sekarang semua ijazah pendidikan adalah open market. Boleh klik ]untuk baca artikel berkaitan 26 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang Bakal Memudahkan Laluan Anda Menjadi Guru di Bawah KPM. Diharapkan perkongsian ini membantu anda membuat pilihan yang tepat kelak.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.