Kejuruteraan Mekatronik

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 09, 2016, 11:51 am

Kejuruteraan mekatronik ialah jurusan berdasarkan kejuruteraan elektrik, kejuruteraan elektronik dan sains komputer, tetapi memiliki disiplinnya yang tersendiri. Perkataan "mekatronik" muncul di Jepun pada 1980an sebagai satu disiplin kejuruteraan yang dikaitkan dengan automasi dan robot.

Hala tuju

MatapelajaranSPM Kamu boleh membuat persediaan dengan mengambil subjek penting untuk kelayakan ke kolej. Matapelajaran tersebut termasuklah:

  • Bahasa Inggeris
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Kalkulus
  • Sains Komputer

Universiti

  • Kimia
  • Fizik
  • Kalkulus
  • Sains Komputer dan Programming

Personaliti

Uji personaliti kamu untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan kamu! Ujian personaliti Myers-Briggs Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ Ujian personaliti RIASEC RIASEC/Holland: RIE (Realistic, Investigative, Enterprising)

Gaji

Permulaan: RM 2,000 to 3,000 Professional: MYR 4,000 to 6,000 (5 – 10 tahun pengalaman)

Peluang kerja

Graduan yang mahukan karier dalam sektor pembuatan, aero-angkasa, automotif, elektronik, kajian dan pembangunan (R&D) sebagai jurureka, jurutera, juruteknik, atau pengurus projek. Tugas mereka termasuklah merekabentuk dan membangunkan sistem automasi (robot) dalam pelbagai industri. Antara jenis syarikat yang menawarkan kerjaya ini:

  • pembuatan automotif
  • pembuatan peralatan perubatan dan kesihatan
  • pembuatan elektronik
  • penghasilan minyak dan gas, perkhidmatan dan penyumbang kepada penyelesaian masalah
  • pengangkutan
  • pertahanan
  • aero angkasa dan penerbangan

Ruang tugas Bekerja dalam pelbagai disiplin dalam kejuruteraan, jurutera mechatronik perlu cepat menggunakan pelbagai jurusan dalam kejuruteraan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Permintaan kerja

Malaysia: Bidang kejuruteraan kekal sebagai bidang “kepakaran tinggi” yang sangat diperlukan di negara ini. Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 orang jurutera untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Buat masa sekarang cuma ada 70,000 orang jurutera yang berdaftar di negara ini. Luar Negara: Pada 2007, Malaysia menganggotai The Washington Accord, iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa yang mengiktiraf kursus-kursus kejuruteraan dari negara-negara yang menyertai pertubuhan ini. Antara negara-negara lain yang terlibat dalam The Washington Accord ialah Hong Kong, Afrika Selatan, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, United Kingdom, Ireland, Taiwan, Korea Selatan, Malaysia and Turki.

Nak jadi pro?

Badan Kejuruteraan Malaysia (BEM), Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM), dan Persatuan Perunding Kejuruteraan Malaysia (ACEM) membangunkan dan menggunakan Daftar EMF untuk membantu jurutera untuk diiktiraf dan dikecualikan dari perlu mendapatkan lesen di negara luar (kerana senarai daftar ini diiktiraf oleh negara-negara yang menyertai The Washington Accord). Oleh itu, jurutera yang berasal dari Malaysia sudah pasti mendapat peluang yang lebih mudah untuk mendapatkan peluang kerja di negara luar tanpa perlu memohon lesen atau mendapatkan pengiktirafan dari badan kejuruteraan di negara lain. Untuk melayakkan diri dari tersenarai dalam Daftar EMF, calon mesti:

  • menjadi Jurutera Professional yang berdaftar di BEM atau/dan ahli korporat kepada IEM.
  • mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan.
  • mempunyai dua tahun pengalaman dalam bidang tertentu dalam kejuruteraan.
  • mengekalkan rekod baik dalam setiap kerja.

Pautan luar

Badan Kejuruteraan Malaysia (BEM)Lembaga Akreditasi Kejuruteraan Malaysia (EAC)Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM)The Washington AccordSAE International

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail