Kejuruteraan Biomedik

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 31, 2016, 09:34 am

Kejuruteraan biomedik ialah gabungan antara kejuruteraan dan perubatan.biomedicengineering

Fokus Matapelajaran

SPM

  • Bahasa Inggeris
  • Fizik
  • Biologi
  • Matematik Tambahan

Universiti

  • Biologi
  • Fizik
  • Kalkulus
  • Sains Komputer dan Pemprograman

Dalam kejuruteraan biomedik, kita belajar rekabentuk peralatan dan sistem untuk membantu sistem kesihatan. Sebagai contoh, prothesis, therapeutik termaju, peralatan pembedahan, dan sistem perimejan medik.

Personaliti

Jurutera biomedik menggunakan prinsip kejuruteraan untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah dalam biologi dan perubatan dalam bidang kesihatan. Mereka melihat badan manusia sebagai mesin dan sistem dan peralatan boleh rosak dan mereka ini mampu untuk pulihkan, meningkatkan kebolehan atau menggantikan yang baru. Myers-Briggs: ISTJ, ESTJ, INTP, ENTJ Ujian personaliti Myers-BriggsHolland Vocational Code: RIE (Realistic, Investigative, Enterprising) Ujian personaliti RIASEC

Gaji

Permulaan: RM 2,000 to 3,000 Professional: RM 4,000 to 6,000 (5 – 10 tahun pengalaman).

Peluang kerja

Dalam cabaran dunia perubatan hari ini, kejuruteraan biomedik memerlukan kepakaran serta teknologi yang lebih tinggi. Terdapat banyak bidang kerja dalam bidang ini seperti bioinstrumentasi, biomaterial, biomekanikal, selular, kejuruteraan tisu dan genetik, kejuruteraan klinikal, pengimejan medik, pembedahan ortopedik, kejuruteraan pemulihan, dan sistem fisiologi. Malaysia: Malaysia bercita-cita untuk menjadi hab kontrak pembuatan untuk peralatan perubatan dan farmaseutikal. Dalam Entry Point Project (EPP) 8, projek ini akan meluaskan lagi program yang akan ditawarkan dalam bidang kejuruteraan biomedik ini. Pasaran peralatan medik di Malaysia dijangka bernilai RM5.3 billion, tetapi kini cuma RM3.5 billion, iaitu 75 peratus dari sasaran. Syarikat Medical Devices Cooperation Sdn Bhd akan menyediakan Hab Pembuatan Kontrak untuk produk DEHP Free Medical PVC Granule, Medical Tubing’s & Sheet, IV Administrative Set & Hemodialysis Blood Lines, Peritoneal Dialysis (CAPD & CCPD) and beg darah & plasma. Kilang ini akan dibina di Pulau Indah dengan kos RM88.5 juta dan akan mencipta 90 peluang kerja. Bidang kejuruteraan kekal sebagai bidang “kepakaran tinggi” yang sangat diperlukan di negara ini. Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 orang jurutera untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Buat masa sekarang cuma ada 70,000 orang jurutera yang berdaftar di negara ini. Luar Negara: Pada 2007, Malaysia menganggotai The Washington Accord, iaitu sebuah pertubuhan antarabangsa yang mengiktiraf kursus-kursus kejuruteraan dari negara-negara yang menyertai pertubuhan ini. Antara negara-negara lain yang terlibat dalam The Washington Accord ialah Hong Kong, Afrika Selatan, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand, Australia, United Kingdom, Ireland, Taiwan, Korea Selatan, Malaysia and Turki.

Nak jadi pro?

Badan Kejuruteraan Malaysia (BEM), Institusi Kejuruteraan Malaysia (IEM), dan Persatuan Perunding Kejuruteraan Malaysia (ACEM) membangunkan dan menggunakan Daftar EMF untuk membantu jurutera untuk diiktiraf dan dikecualikan dari perlu mendapatkan lesen di negara luar (kerana senarai daftar ini diiktiraf oleh negara-negara yang menyertai The Washington Accord). Oleh itu, jurutera yang berasal dari Malaysia sudah pasti mendapat peluang yang lebih mudah untuk mendapatkan peluang kerja di negara luar tanpa perlu memohon lesen atau mendapatkan pengiktirafan dari badan kejuruteraan di negara lain. Untuk melayakkan diri dari tersenarai dalam Daftar EMF, calon mesti:

  • menjadi Jurutera Professional yang berdaftar di BEM atau/dan ahli korporat kepada IEM.
  • mempunyai tujuh tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan.
  • mempunyai dua tahun pengalaman dalam bidang tertentu dalam kejuruteraan.
  • mengekalkan rekod baik dalam setiap kerja.

Pautan luar

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail