Untuk lebih memahami program asasi dan matrikulasi, 2 kategori ini penting difahami: program terbuka dan program khusus.

Jika anda dah ada matlamat untuk meneruskan pengajian di kampus atau kursus tertentu, pastikan pilih program yang tepat!
.
Program terbuka

Merangkumi program matrikulasi dan beberapa program asasi.
Matrikulasi
- Lepasan program matrikulasi yang lulus dengan memenuhi syarat yang ditetapkan akan layak memohon untuk kemasukan ke hampir semua program ijazah sarjana muda yang ditawarkan semua di universiti-universiti awam.
- Kelayakan matrikulasi juga boleh digunakan untuk memohon melanjutkan pengajian di kebanyakkan IPTS, juga diiktiraf oleh beberapa buah universiti luar negara.
Asasi
- Lepasan daripada program asasi ini yang lulus dengan memenuhi syarat layak untuk memohon ke program ijazah sarjana muda di hampir semua universiti awam dan IPTS seperti program matrikulasi.
- Termasuk program Asasi Sains Hayat dan Asasi Sains Fizikal yang ditawarkan di Universiti Malaya (UM) dan program-program asasi yang ditawarkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Program khusus

Merangkumi semua program-program asasi lain yang ditawarkan di universiti-universiti awam lain.
Lepasan daripada program ini yang lulus dengan memenuhi syarat hanya akan terhad untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti yang sama sahaja.
Ditawarkan di:
Kaunselor Halatuju dapat dihubungi melalui Facebook.