KAUNSELOR: Antara Asasi dan Matrikulasi

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 21, 2015, 10:49 am

Pada asasnya kedua-dua program pengajian asasi dan matrikulasi adalah sama!KAUNSELOR - Antara Asasi dan Matrikulasi - sama tapi tak serupa Lepasan SPM yang bercadang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Malaysia wajib mengikuti program persediaan atau pra-universiti. Halatuju-Byline-600x200 Selain program Asasi dan Matrikulasi, terdapat juga program persediaan program pengajian lain seperti:

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) juga ada menawarkan program pra-universiti yang biasanya lebih dikenali dengan nama program Foundation, hampir serupa dengan asasi atau matrikulasi. Program asasi adalah program pengajian pra-universiti yang ditawarkan di universiti-universiti awam, manakala program matrikulasi ditawarkan di Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dari segi tempoh pengajian juga tidak banyak perbezaan, 1 – 2 tahun bergantung kepada pencapaian pelajar semasa memohon dan juga semasa mengikuti pengajian. Contohnya terdapat program matrikulasi 2 tahun (atau yang disebut sebagai PDT) yang dibezakan berdasarkan pencapaian mereka di peringkat SPM dan juga pencapaian mereka di dalam pengajian matrikulasi itu sendiri. Jika gagal mencapai tahap tertentu, pelajar yang masih berpotensi akan ditawarkan untuk melanjutkan tempoh pengajian sehingga 2 tahun daripada tempoh asal 1 tahun. Begitu juga program asasi seperti di UIAM yang pada asasnya adalah pengajian 1 tahun, namun jika pelajar gagal mencapai tahap yang diperlukan, mereka mungkin perlu melanjutkannya sehingga 1½ atau 2 tahun. Program pra-universiti terbahagi dua jenis. Baca selanjutnya di sini. Kaunselor Halatuju dapat dihubungi melalui Facebook.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail