logo
logo

    Courses

    Institutions

Kampus dan kursus yang layak dapat PTPTN

Afterschool

Afterschool

January 5, 2016





Tak semua institusi dan program yang ditawarkan dapat melayakkan anda untuk dapat pinjaman PTPTN. Baca lebih lanjut untuk pastikan proses permohonan anda lancar, dan kenalpasti kampus dan kursus yang layak dapat PTPTN. Kampus dan kursus yang layak dapat PTPTN - pilihan kampus dan kursus

Boleh tak saya mohon PTPTN jika saya belajar di [nama kampus]?

Pinjaman PTPTN terbuka kepada pelajar yang meneruskan pengajian di universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi tempatan (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sahaja. Selaras dengan Seksyen 2 Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi 1997 (Akta 566) institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan di bawah:
  • Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
  • Akta Institut Teknologi MARA 1976;
  • Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996;
  • Sekolah politeknik yang ditubuhkan dan diselenggarakan oleh KeMenterian di bawah Akta Pendidikan 1996; dan
  • Mana-mana institusi pengajian tinggi yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan telah ditentukan oleh Kementerian sebagai sebuah institusi pengajian tinggi.

Boleh tak saya mohon PTPTN untuk belajar program [nama kursus]?

Kenalpasti jenis kursus yang anda pohon:
Taraf Pendidikan Jenis Kampus
Diploma Sepenuh Masa Universiti Awam, Politeknik dan IPTS
Diploma Separuh Masa Universiti Awam, Politeknik dan IPTS*
Diploma Jarak Jauh Universiti Awam
Diploma Lanjutan Universiti Awam dan Politeknik
Ijazah Sarjana Muda Pertama Sepenuh Masa Universiti Awam dan IPTS
Ijazah Sarjana Muda Pertama Separuh Masa Universiti Awam dan IPTS*
Ijazah Sarjana (Master's) Sepenuh Masa/Separuh Masa/Jarak Jauh Universiti Awam
PhD Sepenuh Masa/Separuh Masa/Jarak Jauh Universiti Awam
Kursus Profesional Sepenuh Masa/Separuh Masa/Jarak Jauh Universiti Awam
*Terhad kepada siswa institut swasta berikut sahaja: UNITEM, UNITAR, Wawasan Open University and Asia E University.

Kalau saya pilih program Foundation (swasta), boleh dapat PTPTN?

Kampus dan kursus yang layak dapat PTPTN - pelajar foundation (swasta IPTS) PTPTN hanya menyediakan pinjaman untuk program Foundation (swasta) dari 5 institut berikut:
  • MMU - Multimedia University
  • UNITEN - Universiti Tenaga Nasional
  • UTP - Universiti Teknologi Petronas
  • UNIRAZAK - Universiti Tun Abdul Razak
  • UNITAR - International University Tunku Abdul Rahman
Nota: PTPTN tidak menawarkan pinjaman kepada pelajar yang mengikuti program Bridging/Foundation di Politeknik.

Bagaimana pula dengan program pra-universiti lain seperti A-levels, IB dan Ausmat?

PTPTN tidak menawarkan pinjaman untuk program-program berikut.

Adakah program berkembar (twinning) layak memohon PTPTN?

Anda boleh memohon PTPTN untuk kursus atau program di mana tahun-tahun terakhir dilanjutkan/diselesaikan di luar negara. Tapi, PTPTN hanya akan menawarkan pinjaman untuk tahun-tahun pengajian anda di Malaysia.

Saya pernah dapat PTPTN untuk Ijazah Sarjana Muda, jadi boleh mohon lagi tak untuk diploma tapi dalam bidang lain?

Tidak boleh. Pinjaman kedua hanya akan diluluskan jika anda melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang yang sama.

Kalau saya mohon PTPTN semasa semester kedua atau ketiga, adakah saya akan dapat duit untuk semester sebelumnya?

Kampus dan kursus yang layak dapat PTPTN - tak layak Tidak boleh. Pinjaman akan diberikan berdasarkan semester semasa anda memohon. Jika anda memohon PTPTN semasa semester kedua, pinjaman akan bermula dari semester tersebut hingga tamat belajar. AS-PTPTN-600x200-
logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background