Kalau pensyarah meninggal dunia, adakah saya masih lulus?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 03, 2016, 04:56 pm

Satu hari, kamu bangun pagi untuk ke kelas. Tiba-tiba dapat berita, kelas dibatalkan. Untuk seketika, kamu rasa gembira (pelajar tipikal..) kerana kelas dibatalkan, jadi kamu boleh sambung tidur kamu. kubur-600x400 Beberapa minit kemudian, kamu dapat berita yang pensyarah kamu meninggal dunia. Dalam fikiran kamu, apakah akan jadi dengan semua markah kursus kamu? Menurut Quora.com, perbincangan tentang kematian pensyarah akan menjejaskan markah adalah suatu kebimbangan yang serius. Jadi, apakah semua markah yang diberi selama ini perlu diambil semula? Jawapannya, tidak perlu. Ini kerana dalam sistem kebanyakan universiti, semua markah yang diberi oleh pensyarah telah dimaktub dalam transkrip kamu. Lagipun, pihak universiti akan terus mencari pengganti pensyarah baru, dan segala markah yang telah diberikan oleh pensyarah sebelum ini akan terus kekal dalam sistem permarkahan. Pensyarah yang baru cuma akan menyambung semula pelajaran yang sedia ada, serta memberi kerja khusus berdasarkan dari "scheme of work" yang telah diberi oleh pihak universiti sebelum ini. AS-Q&A-600x200- (1)

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail