Kadar Elaun Mengikut Lokasi Negara & Cara Memohon Program Pelajar Cemerlang, JPA
Afterschool
July 18, 2017
KADAR ELAUN
CARA MEMOHON
Permohonan dibuka secara atas talian di Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 18 Julai 2017 (Selasa) jam 9.00 pagi hingga 24 Julai 2017 (Isnin) jam 5.00 petang. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal eSILA bagi maklumat lanjut berhubung dengan program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang Tahun 2017 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.
Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 (5 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga jam 5:30 petang atau e-mel di alamat [email protected].