Dalam industri pembinaan, kerjaya ini mengurus kos, keselamatan, komersil serta kontrak. Juru ukur ialah satu jawatan penting dalam industri ini.
Hala tuju
Hala tuju akademik untuk juru ukur pada sarjana ijazah dan doktor falsafah ialah tentang ekonomi pembinaan, pengurusan kos, teknologi pembinaan, kontrak dan undang-undang, teknologi maklumat pembinaan, sumber manusia, kesihatan dan keselamatan, dan pengurusan kemudahan.
Fokus Matapelajaran
Pelajar ijazah sarjana muda akan didedahkan dengan pelajaran:
- Teknologi pembinaan
- Undang-undang komersial
- Ukur dan pantau dalam alam bina
- Pengurusan kos dan modelling.
- Pengurusan kelengkapan komputer
- Pengurusan keselamatan dan kesihatan
- Pengurusan Pemerolehan dan kontrak
- Pengurusan projek pembinaan
Personaliti
Myers-Briggs: INTJ, INTP
Ujian personaliti Myers-Briggs
Holland Vocational Code: AIR (Artistic, Investigative, Realistic)
Ujian personaliti RIASEC
Info karier
Jawatan yang terdapat dalam kepakaran ini:
- Eksekutif Pembekalan
- Pengurusan Kontrak/Eksekutif
- Pengurus Kontrak
- Juru Ukur
- Juru Ukur Senior merangkap Pengurus Kontrak
- Penilai
- Pengurus Projek dan Kontrak
- Juru Ukur Pemantau dan Penilai
Gaji
- Eksekutif Muda: RM2,200 – RM3,500
- Eksekutif Perolehan: (3-5 tahun pengalaman): RM3,500 – RM5,000
- Juru Ukur (2-3 tahun pengalaman): RM4,500 – RM7,000
- Jawatan pengurusan tinggi (lebih 6 tahun pengalaman): RM8,000 – RM18,000
Peluang kerja
Di Malaysia, pakar juruukur dilihat sebagai antara 10 jawatan yang pendapatan paling tinggi di Malaysia.
Nak jadi pro?
Lembaga Juruukur Malaysia
Institut Diraja Juruukur Malaysia
The Royal Institution of Chartered Surveyors
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
Lembaga Juruukur Tanah Malaysia