logo
logo

    Courses

    Institutions

Jelajah Akademi Laut Malaysia (ALAM) ke Seluruh Negara

Afterschool Team

Afterschool Team

March 2, 2017





Berita baik kepada anda yang berminat dan ingin mengetahui mengenai Akademi Laut Malaysia (ALAM), ALAM bakal mengadakan program jelajah mereka ke seluruh negara.

 

IMG_8613

 

Tujuan jelajah itu adalah untuk berkongsikan pelbagai informasi termasuk syarat kelayakan permohonan, cara permohonan, yuran pengajian, tempoh serta struktur pengajian dan peluang kerjaya selepas menamatkan pengajian kelak. Berikut dikongsikan lokasi jelajah ALAM 2017.

 
  • Jelajah Selatan (KPT) Program Jom Masuk U), bertempat di UTHM, Batu Pahat Johor pada 25 hingga 26 Februari 2017
  • Jelajah Borneo (Program SCAT FAIR 2017), bertempat di Borneo Convention Centre, Kuching Sarawak pada 3 hingga 5 Mac 2017
  • Jelajah Utara (KPT (Jom Masuk U), bertempat di USM, Pulau Pinang pada 4 hingga 5 Mac 2017
  • Jelajah Tengah (KPT) Jom Masuk U), bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia pada 25 hingga 26 Mac 2017
 

campus-dining

 

Kepada anda yang berada di kawasan berhampiran dengan karnival tersebut, boleh lah berkunjung terus ke sana bagi mendapatkan segala informasi dengan lebih jelas. Anda juga boleh mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan kemasukan ke ALAM secara percuma dengan klik di sini. Semoga berjaya!.

 

DSC_0375