Jangkaan SPM BM - Kertas 1 dengan set tip!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 17, 2016, 04:30 pm

SPM dah dekat dan kami di Afterschool.my telah kumpulkan beberapa sampel soalan untuk Kertas 1 - Bahagian B untuk Bahasa Melayu dan mengikuti itu tip-tip untuk skor dalam SPM. test-986935_640 Soalan: Pakar kesihatan sedunia melalui banyak kajian dan penelitian telah membuktikan bahawa rokok sangat berbahaya kepada kesihatan khasnya golongan remaja, namun penyataan ini seolah-olah dianggap sepi oleh banyak pihak. Sebagai seorang pakar kesihatan anda dikehendaki memberi ceramah berkaitan bahaya merokok kepada golongan belia. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. Jawapan: (format ceramah – ada kata alu-aluan, panggilan kehormat,penutup dan format penulisan ceramah) Pendahuluan: ucapan alu-aluan, pengenalan diri dan tajuk berkaitan,latar belakang faktor remaja merokok- contoh daripada ibu bapa,pengaruh kawan-kawan,iklan,cabaran kumpulan, perasaan ingin tahu. Isi – bahaya/kesan rokok kepada remaja
  1. Tingkatkan risiko jantung (koronori) dan kanser (brokintis/emfisisma)
  2. Mudah menghadapi tekanan darah tinggi dan menyumbat serta meracuni saluran penafasan yang boleh menyebabkan kadar denyutan jantung meningkat.
  3. Proses penuaan kulit tiga kali lebih cepat dan kedutan di bawah mata dan sekeliling mulut.
  4. Menyebabkan pemandulan akibat pengurangan sperma dan tahap kesuburan wanita.
  5. Melesukan tubuh dan melemahkan fikiran.
  6. Pembaziran wang kerana membeli rokok dan kos perubatan.
  7. Jangkitan mulut/mulut berbau/kerosakan gigi
  8. Kesan jangka pendek, mulut berbau.
Kesimpulan: Ketagihan merokok membahayakan kesihatan dan rohaniah perokok Ini adalah bahagian tip! Aspek yang perlu diberi perhatian oleh calon:
  1. Cuba hasilkan dalam 5 hingga 7 perenggan. Pendahuluan dan penutup 30 hingga 50 patah perkataan yang mengandungi 4 hingga 5 ayat, manakala isi setiap perenggan antara 4 hingga 5 ayat yang mengandungi 40 hingga 50 patah perkataan.
  2. Ayat yang digunakan perlulah pendek dan jelas untuk mengelakkan berlakunya kesalahan bahasa.
  3. Gunakan tanda bacaan yang betul serta penanda wacana yang bersesuaian untuk menunjukkan ada kesinambungan antara isi terdahulu dengan isi seterusnya.
  4. Cuba hasilkan karangan yang melebihi 350 patah perkataan tetapi menepati kehendak soalan dan untuk menghasilkan karangan yang lengkap setiap isi memerlukan sekurang-kurangnya satu atau dua huraian beserta satu atau dua contoh yang konkrit.
  5. Sertakan antara dua hingga tiga peribahasa dan lebih ideal sekiranya karangan ditutup dengan peribahasa yang bersesuaian.
  6. Corak soalan terkini menjurus kepada kemahiran berfikir dan pengetahuan semasa serta contoh-contoh daripada berita mutakhir. Oleh itu calon perlu peka akan berita-berita serta perkembangan semasa dalam dan luar negara yang melibatkan isu-isu seperti pengetahuan am, ekonomi, kesihatan, keselamatan negara, alam semester/alam semula jadi, sukan, serta kesenian. Sekiranya calon kurang mahir atau kurang ilmu pengetahuan berkenaan isu semasa sama ada pada peringkat kebangsaan maupun antarabangsa, elakkan daripada menjawab soalan tersebut. Pilihlah soalan yang calon paling arif berkenaannya.
Aspek kelemahan calon:
  1. Calon menjawab kurang daripada 350 patah perkataan menyebabkan isi kurang dan huraian tidak lengkap dan keadaan ini melibatkan pemarkahan esei calon.
  2. Calon tidak kembangkan isi dan kemukakan satu contoh dan satu huraian secara umum sahaja untuk setiap isi.
  3. Calon kemukakan terlalu banyak isi tetapi hanya dihuraikan secara umum tanpa huraian dan contoh yang konkrit.
  4. Calon menjawab soalan yang memerlukan pengetahuan yang luas sedangkan pengetahuan calon agak terhad. Contoh soalan yang dikemukakan berkaitan kesan pengabaian terhadap kawasan persekitaran dan pembiakan nyamuk, calon kemukakan contoh kejadian berkaitan bahaya nyamuk aedes dan demam denggi yang berlaku 5 atau 6 tahun yang lepas, sedangkan kesan gigitan nyamuk telah menyebabkan tersebarnya virus baru iaitu penyakit Zika
  5. Calon mengemukakan peribahasa yang salah atau tidak sesuai.
  6. Idea calon terpesong daripada kehendak soalan.
  7. Calon menggunakan perkataan yang berulang dan tidak variasi. Penanda wacana dan ungkapan juga tidak menarik.
  8. Calon menjawab kurang daripada 350 patah perkataan menyebabkan isi kurang dan huraian tidak lengkap.
Muat turunkan panduan SPMRG 2016 kami sekarang!
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail