
Afterschool Team
March 23, 2016
Pengambilan khas PISMP bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran untuk Bahasa Cina dan Pendidikan Islam.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan bahawa pengambilan untuk pemegang UEC adalah pengkhususan Bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC), manakala kelayakan mereka di SMU atau SMA adalah dalam pengajaran pendidikan Islam untuk sekolah-sekolah rendah kebangsaan (SK).
Keperluan akademik minimum untuk pemegang UEC adalah mempunyai sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam sijil Senior Middle Level (UEC-SML).
Sementara itu, pemegang SMA atau SMU perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam peperiksaan.
Permohonan pengambilan khas PISMP ini boleh dilakukan secara atas talian dari 17 Mac - 27 Mac 2016 di laman web kementerian di www.moe.gov.my.
Untuk mengetahui syarat kemasukan yang lengkap, klik di sini.