International Baccalaureate (IB)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 05, 2016, 05:04 pm

AS-BM-BACCALAUREATE Diploma International Baccalaureate (IB) adalah program pra-universiti yang mempunyai disiplin yang ketat kerana ia menuntut pelajar untuk kebertanggungjawaban yang tinggi. Ia ditadbir oleh International Baccalaureate Organisation (IBO) yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland dan ditadbir oleh  International Baccalaureate Curriculum and Assessment Centre di Cardiff, Wales.

Kenapa pilih kursus ini?

Hanya beberapa sekolah yang dipilih sahaja yang dibenarkan oleh IBO untuk menawarkan sijil ini. Institusi swasta:

  • Cempaka International Ladies’ College
  • Cempaka School
  • Fairview International School Kuala Lumpur
  • Fairview International School Penang
  • IGB International School
  • Marlborough College Malaysia
  • Mont Kiara International School
  • Nexus International School, Putrajaya
  • Sri KDU International School
  • Taylor’s College Sri Hartamas
  • The International School of Penang (Uplands)
  • UCSI International School
  • International School of Kuala Lumpur

Institusi awam:

  • Kolej MARA Banting
  • Maktab Tentera Diraja
  • Kolej MARA Seremban
  • Kolej Melayu Kuala Kangsar

Syarat masuk

Institusi Swasta Pemohon dikehendaki mendapat keputusan SPM tidak kurang dari A2 dalam semua subjek dan agregat kurang dari 10. Institusi Awam Pemohon perlu mendapat semua A dari SPM dan program ini hanya ada di sekolah-sekolah elit sebagai persiapan untuk belajar di luar negara.

Pilihan matapelajaran

Pelajar IB perlu mengambil enam subjek yang terletak dalam enam kumpulan. Sebagai contoh, anda harus pilih satu subjek dalam kumpulan seni, serta satu subjek dalam kumpulan lain. 6-Core-Course-Profile-(BM)

Kaedah penilaian

Pengajian Tiga subjek sekurang-kurangnya memerlukan 240 jam kredit, dan yang lain cuma 150 jam kredit. Pelajar juga harus menyiapkan sebuah esei yang termasuk 150 jam kredit aktiviti Creative, Action and Service (CAS) serta pemikiran kritikal, "Theory of Knowledge". Program ini mengambil masa dua tahun untuk tamat. Peperiksaan Pengajian IB tidak berdasarkan peperiksaan 100%, sebaliknya berdasarkan kerja kursus yang akan dikira mengikut gred. Pelajar akan mengambil peperiksaan bertulis pada penghujung program, yang akan disemak oleh pemeriksa luar. Pelajar yang menyiapkan kerja kursus, markahnya akan disemak oleh tenaga pengajar sendiri sebelum dipantau oleh pemantau luar atau disemak oleh pemeriksa luar. Gred Diploma akan diberi kepada mereka yang mendapat sekurang-kurangnya 24 mata pada subjek yang ditawarkan berdasarkan pencapaian keseluruhan program dan pencapaian memuaskan dalam bidang CAS. Mata yang tertinggi dalam program ini ialah 45 mata.

Yuran

Kos yuran diploma IB diantara RM20,000 hingga RM50,000.

Cara daftar

Pelajar yang mengambil kursus IB dikehendaki untuk mengambil ujian saringan yang melibatkan sains, matematik, perbendaharaan kata, dan pemahaman untuk layak. Selepas itu akan ada temuduga sebelum satu lagi ujian saringan.
Pengambilan pelajar untuk IB selalunya pada bulan Ogos.

Jalan ke Uni

Luar Negara Beratus universiti dari 140 buah negara menerima sijil IB sebagai kelayakan, senarainya boleh dilihat di laman web ini. Malaysia Beberapa buah universiti tempatan seperti Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional menerima IB sebagai kelayakan.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail