Institusi yang diiktiraf oleh Majlis Pergigian Malaysia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 11, 2016, 05:46 pm

Institusi yang diiktiraf oleh Majlis Pergigian Malaysia. Lepasan SPM / STPM yang ingin jadi doktor gigi dan pakar bedah pergigian pasti tertanya-tanya universiti / institusi mana yang menawarkan pendidikan berkualiti. Di sini kami senaraikan institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Majlis Pergigian Malaysia (MDC). dentist2 MDC memegang tanggungjawab untuk memartabatkan dan mengekalkan piawaian profesional dan etika dalam amalan pergigian, memberi pengiktirafan Ijazah Pergigian, mendaftar Pengamal Pergigian di Malaysia, isu Sijil Amalan Tahunan dan Sijil Amalan Sementara dan menjalankan bidang kuasa tatatertib ke atas pengamal berdaftar. Universiti awam yang diluluskan oleh Majlis Pergigian Malaysia ialah:

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA)
  6. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

IPTS yang diluluskan oleh Majlis Pergigian Malaysia ialah:

  1. AIMST University
  2. Penang International Dental College (PIDC)
  3. MAHSA University College
  4. International Medical University (IMU)
  5. Melaka-Manipal Medical College (MMMC)
BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail