Info Lengkap dan Panduan Program Tingkatan 6 STPM

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 13, 2022, 02:27 am

Artikel ini akan berkongsikan mengenai info dan panduan lengkap mengenai program Tingkatan 6. Perkongsian merangkumi syarat kemasukan, tawaran, semakan keputusan tawaran, rayuan bagi yang tidak ditawarkan, pengurusan tingkatan 6, sesi pengajian dan sebagainya.

 

 

Info Umum Tingkatan Enam

Tingkatan 6 telah mula beroperasi di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Pada masa itu, bilangan kelas Tingkatan 6 yang di tawarkan ialah minimum 2 kelas dan maksimum 22 kelas. 

Mulai tahun 2008, Langkah penambahbaikan dari segi pengurusan dan fungsi Tingkatan 6 serta kebajikan murid diberi tumpuan untuk mendaikan proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 lebih menarik serta menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Anda boleh menyemak senarai sekolah terbaik tingkatan 6 berdasarkan analisis keputusan peperiksaan STPM. Untuk semakan sekolah terbaik STPM yang terkini boleh klik : SEKOLAH TERBAIK TINGKATAN 6 STPM

 

Bidang, Tempoh Pengajian dan Pengiktirafan Tingkatan Enam

Terdapat 2 bidang yang ditawarkan iaitu bidang Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan Bidang Sains. Tempoh pengajian adalah selama 1½ tahun yang merangkumi tiga penggal. 

  • Penggal 1 bermula dari bulan Mei hingga November
  • Penggal 2 bermula dari bulan Januari hingga Mei
  • Penggal 3 bermula dari bulan Mei hingga November

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mendapat pengikhtirafan daripada Kerajaan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan Cambridge Assessment, England. Sijil STPM turut diterima oleh JPA untuk menjawat perjawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM dan kokurikulum layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

 

Struktur Kurikulum dan Kokurikulum Tingkatan Enam

Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM. Namun begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid. Mulai tahun 2019 mata pelajaran Tahfiz Al-Quran telah dimasukkan sebagai salah satu mata pelajaran STPM, menjadikan jumlah keseluruhan mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebanyak 23 mata pelajaran. Mata pelajaran STPM yang ditawarkan adalah seperti yang berikut :

 

 Manakala bagi struktur kokurikulum, semua murid Tingkatan 6 wajib terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan pemarkahan 10 peratus kokurikulum adalah berdasarkan pengiraan dua markah tertinggi dalam  bidang berikut :

  • Kelab / Persatuan
  • Sukan / Permainan
  • Badan Beruniform

 

Kaedah Pentaksiran dan Yuran Tingkatan Enam

Pentaksiran dilaksanakan melalui peperiksaan akhir berpusat (wajaran 60% - 80%) dan kerja kursus (wajaran 20% - 40%). Peratusan wajaran adalah berbeza mengikut mata pelajaran. Pelajar mesti menduduki peperiksaan akhir berpusat S1, S2 dan S3 dan melengkapkan Kerja Kursus. 

Keputusan peperiksaan akan diumumkan setiap Semester. Sekira tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan, pelajar dibenarkan untui membaiki keputusan peperiksaan Semester 1 dan Semester 2 dengan menduduki peperiksaan Uulangan semester 1 dan/atau Ulangan semester 2. Penilaian pencapaian pelajar dan keputusan peperiksaan adalah berdasarkan ketiga-tiga Semester. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah kumulatif keputusan terbaik bagi ketiga-tiga Semester seperti yang berikut:

  • Terbaik [(S1 atau U1) + (S2 atau U2) + S3 +  Kerja Kursus]

Yuran peperiksaan bagi empat atau / dan lima mata pelajaran adalah percuma bagi calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan, kecuali calon sekolah swasta dan persendirian individu. Tingkatan enam menerima bantuan kewangan untuk elaun dan yuran pengajian. Boleh klik BANTUAN KEWANGAN TINGKATAN ENAM untuk mengetahui lebih lanjut info berkaitan bantuan.

 

Info Tawaran Kemasukan, Surat Tawaran, Pendaftaran dan Penangguhan ke Tingkatan Enam

Info mengenai kemasukan ke Tingkatan Enam boleh diperoleh daripada portal KPM (https://www.moe.gov.my) dan portal Aplikasi Dalam Talian Tingkatan Enam (https://sst6.moe.gov.my/). Pelajar juga boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran dengan kediaman masing-masing melalui telefon/emel (rujuk portal yang sama). 

Surat tawaran hanya boleh diperoleh secara dalam talian dipautan (https://sst6.moe.gov.my/). Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran serta menyampaikan surat tawaran Tingkatan Enam. Pendaftaran kemasukan Tingkatan Enam dilakukan secara dalam talian melalui pautan (https://sst6.moe.gov.my/). Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu murid membuat pendaftaran mengikut kaedah yang bersesuaian. 

Berkenaan dengan penangguhan, pelajar tidak dibenarkan membuat penangguhan dan perlu mendaftar dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekiranya membuat penangguhan, maka tempoh pengajian minimum 20 minggu dalam semester 1 tidak dapat dipenuhi untuk kelayakan menduduki peperiksaan STPM Semester. 

Bagi pelajar yang ingin memohon ke Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (KISAS) dan SMAP Labu, pelajar membuat permohonan. Info permohonan boleh klik : INFO DAN PERMOHONAN KE KISAS DAN SMAP LABU.

 

Etika Pemakaian Tingkatan Enam

Pakaian murid adalah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun 2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam seperti mana berikut:

  • Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. 
  • Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/jenis jubah/maksi, two-piece/three piece suit pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. 
  • Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis denim tidak dibenarkan. Jean, cargo pants, seluar pendek, atau legging tidak dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Murid hendaklah berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. 
  • Pakaian yang jarang dan ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terpulang pada murid). 

 

Permohonan lepasan Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) dan pelajar Sekolah Integriti ke Tingkatan Enam

Lepasan SVM dan PVMA boleh menghubungi (melalui telefon/emel) JPN/PPD yang berhampiran dengan kediaman masing-masing untuk semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021. Bagi murid PVMA mata pelajaran yang diambil kira bagi pengiraan dalam syarat khas kemasukan ke Tingkatan Enam adalah hanya melibatkan matapelajaran yang setara dengan SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Manakala, permohonan ke Tingkatan Enam bagi pelajar Sekolah Integriti boleh dibuat di sekolah masing-masing dan kelulusan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri. 

 

Peluang Pendidikan bagi Lepasan Tingkatan Enam

Semua laluan pra universiti mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Anda boleh baca kelebihan dan kelebihan tingkatan enam. Sama seperti matrikulasi kebanyakan universiti di luar negara menerima kelayakan STPM terutamanya universiti yang terletak di UK. Ini memandangkan sijil STPM mempunyai pengiktirafan dari Cambridge Assessment International Education, UK. Ianya tertera di belakang sijil STPM. 

Untuk semak antara negara yang terima lepasan STPM, boleh klik UNIVERSITI LUAR NEGARA YANG TERIMA LEPASAN STPM. Walau bagaimanapun, kami nasihatkan anda untuk membuat perbandingan semua laluan pra universiti selepas SPM, dengan klik : SEMAK SEMUA LALUAN PRA UNIVERSITI BERSERTA KELEBIHAN DAN KELEMAHAN. Selain itu, terdapat 20 ijazah eksklusif yang ditawarkan oleh Universiti Awam khas untuk lepasan STPM sahaja. Boleh klik untuk semak senarai ijazah dan UA yang menawarkan peluang pendidikan berkenaan.

 

Sesi Pengajian Tingkatan Enam 

Sesi pengajian bagi Tingkatan Enam semester 1 akan bermula pada 25 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan pada 26 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan B.

 

Info penawaran, syarat kelayakan dan nilai wajaran mata unit untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam

Pelajar tidak perlu mengemukakan permohonan kerana semua pelajar lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan ditawarkan ke Tingkatan Enam. Syarat kelayakan masuk adalah seperti berikut :

  • Syarat am kemasukan adalah :
    • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
    • Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
  • Syarat khas kemasukan adalah :
    • Bidang STEM - Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
    • Bidang Sains Sosial
      • Sekolah Menengah Harian
        • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
      • Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) 
        • Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan
        • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
      • Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu
        • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan
        • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
  • Syarat Kemasukan ke Tingkatan 6  bagi Murid Bekerperluan Khas
    • Syarat Am
      • Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
      • Berumur antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa.
  • Syarat Khas
    • Bidang STEM
      • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
    • Bidang Sains Sosial
      • Sekolah Menengah Harian
        • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.
        • Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
          • Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan
          • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.Sekolah Menengah Agama Di Sekolah Berasrama Penuh bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu
          • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu'asirah/Turath Bahasa Arab; dan
          • Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran dalam kumpulan yang ditetapkan.

Untuk semakan penuh syarat kelayakan mengikut aliran dan sekolah tingkatan 6, klik SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM. Nilai wajaran mata unit untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan Enam Gred Nilai Gred Purata Keseluruhan (GPK) Tahap A+ 1 Cemerlang Tertinggi A 1 Cemerlang Tinggi A- 2 Cemerlang B+ 3 Kepujian Tertinggi B 4 Kepujian Tinggi C+ 5 Kepujian Atas C 6 Kepujian D 7 Lulus Atas E 8 Lulus G 9 Gagal 

 

Semakan Keputusan dan Pendaftaran ke Tingkatan Enam 

Murid lepasan SPM tahun 2020 boleh menyemak keputusan tawaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 mulai 5 hingga 15 Julai 2021. Klik untuk SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN ENAM. Tarikh pendaftaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 bermula pada 5 hingga 15 Julai 2021. Pendaftaran dilaksanakan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my. 

 

Permohonan Rayuan ke Tingkatan Enam

Sekiranya tidak memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan Enam, adakah boleh membuat permohonan rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan ke Tingkatan Enam tahun 2021 bagi calon sekolah kerajaan berdasarkan pencapaian kokurikulum (T6BKK). Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam dibuka mulai 5 hingga 15 Julai 2021. Klik untuk BORANG PERMOHONAN. 

Bagi calon persendirian/sekolah swasta/Sekolah Menengah Agama Negeri SPM yang ingin memohon ke Tingkatan Enam di Sekolah Kerajaan boleh membuat permohonan rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan calon persendirian, Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Klik untuk dapatkan BORANG PERMOHONAN RAYUAN. Kelulusan adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan dan kekosongan tempat. Murid yang tiada capaian internet, boleh menghubungi sekolah yang berhampiran mengikut kaedah yang bersesuaian bagi membuat permohonan rayuan. 

Sekiranya telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk bertukar Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam atas sebab tertentu, seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di Kolej/Pusat Tingkatan Enam tersebut dan sebagainya, perlu dikemukakan secara emel ke Pejabat Pendidikan Daerah yang berkaitan dengan menggunakan Borang P.U.(A) 275 [Permohonan untuk Bertukar Sekolah oleh Murid Warganegara]. Klik untuk dapatkan BORANG PERMOHONAN

Bagi yang tidak menerima tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam and perlu menghubungi (melalui telefon/emel) Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran dengan kediaman masing-masing untuk semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam. Bagi kes yang terima tawaran tetapi tiada nama Kolej/Pusat Tingkatan Enam, sila hubungu (melalui telefon/emel) Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran dengan kediaman masing-masing untuk mendapatkan nama Kolej/Pusat Tingkatan Enam yang ditempatkan. 

Bagi pelajar bukan warganegara Malaysia permohonan murid tertakluk kepada seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998.

Permohonan adalah tertakluk kepada syarat am dalam kelayakan kemasukan ke Tingkatan Enam yang telah ditetapkan. Pelajar boleh membuat permohonan dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual Pertama yang boleh diperoleh secara emel dari Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran. Klik untuk dapatkan BORANG PERMOHONAN BUKAN WARGANEGARA. Kelulusan adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan dan kekosongan tempat.

Pelajar yang tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS/setara, boleh membuat rayuan untuk masuk ke Tingkatan Enam secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan umum kemasukan ke Tingkatan Enam (T6BRU). Kelulusan adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan dan kekosongan tempat.

 

Permohonan Pertukaran Bidang (Sains atau Sains Sosial)

Pelajar boleh mengemukakan permohonan menukar bidang (Sains atau Sains Sosial) secara emel mulai 5 hingga 15 Julai 2021 kepada Kolej/Pusat Tingkatan Enam yang ditempatkan. 

 

Tolak Tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS/setara dan Mohon ke Tingkatan Enam

Bagi pelajar yang menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS/setara perlu membuat permohonan rayuan secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan umum kemasukan ke Tingkatan Enam (T6BRU). Kelulusan adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan dan kekosongan tempat. 

 

Akhir kata, diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda mengetahui info yang jelas dan mendalam tentang tingkata enam dan sijil STPM. Semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail