India tawar biasiswa dalam bidang perubatan tradisional

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada May 10, 2016, 04:03 pm

India tawar biasiswa dalam bidang perubatan tradisional iaitu Ayurveda, Yoga & Naturopati, Unani, Siddha dan Homeopati (AYUSH) kepada rakyat Malaysia yang ingin mengikuti pengajian di republik itu.India tawar biasiswa dalam bidang perubatan tradisional Dalam satu kenyataan berkata, Pesuruhjaya Tinggi India berkata, biasiswa itu ialah bagi empat program Sarjana Muda iaitu Perubatan Ayurveda & Pembedahan (11 tempat), Perubatan Siddha & Sains (lima), Perubatan Unani & Pembedahan (dua) dan Perubatan Homeopati & Pembedahan (dua). Biasiswa itu untuk tempoh lima tahun setengah, termasuk yuran tuisyen, elaun sara hidup, geran kontinjen dan elaun sewa rumah. Kenyataan itu  juga menyebut pemohon perlu fasih berbahasa Inggeris dan mengambil matapelajaran Fizik, Kimia dan Biologi dalam peperiksaan peringkat kelayakan. --Bernama AS-Biasiswa-600x200- (1)AS-Q&A-600x200- (1)

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail