Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 26, 2018, 01:00 am
Kepada pelajar sekolah berumur antara 15 dan 17 tahun, anda dipelawa untuk mengikuti program pertukaran pelajar ke Jepun dibawah program Asia Kakehashi Project. Project ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan hubungan antara budaya masyarakat di Asia menerusi pendidikan.
Program yang akan berlangsung selama 6-10 bulan bermula Ogos 2019 - Januari 2020 ini, melibatkan pertukaran pelajar antara negara-negara yang terletak di Asia iaitu China, Korea, Mongolia, Thailand, Laos, Cambodia, Myanmar, Bhutan, Vietnam, Malaysia, Singapore, Philippines, Brunei, Indonesia, India, Sri Lanka, Nepal, Pakistan, Bangladesh dan Maldives. Pada tahun hadapan, Jepun merupakan negara tuan rumah dimana pelajar akan mengikut program pertukaran pelajar di sana.
Menariknya, syarat kelayakan yang diletakkan bukan berpandukan kepada akademik pelajar semata tetapi personaliti pelajar yang dilihat berupaya menyesuaikan diri di negara tersebut menjadi keutamaan dalam pemilihan calon yang layak. Berikut dikongsikan, kriteria minimum yang diletakkan :
Keperluan umur/lain:
Jadi kepada anda yang berminat menghantar anak anda menyertai program ini secara PERCUMA, bolehlah klik link berikut https://www.docdroid.net/tPmp36n/afs-prelim-form-nh-2019.pdf untuk mendapatkan borang permohonan dan sebagainya. Program ini adalah PERCUMA sahaja, jadi jangan lepaskan peluang untuk mengemukakan permohonan. Permohonan dibuka sehingga 15 Januari 2019. Untuk ke laman rasmi hebahan program ini boleh klik pautan berikut : https://www.afsmas.org/kakehashi-project/.
Perlukan
bantuan?